Ini Penjelasan Isu 211 Anak Yatim Dihalau.

Bahagian pertama.

MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTARI.

Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dlm media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL, apabila berurusan secara rasmi dgn PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014 di bawah ROS pd 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Manakala berurusan secara rasmi dgn JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yg didaftarkan di bawah SSM pd 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA. Pusat Rawatan Amal terkini di bawah SSM. No. Pendaftaran : AS0317891-V bertarikh 2 Ogos 2018 sehingga 1 Ogos 2021.

Fitnah 1 - Ini Penjelasan Isu 211 Anak Yatim Dihalau.


Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dgn JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dgn Pejabat Agama. Mereka masih gagal utk menyerahkan dokumen yg diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yg diminta antaranya ialah dokumen anak2-nanak yg tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dlm sijil lahir anak-anak ini berasal dr negeri mana.

Sebelum ini nama Pusat Tahfiz Amal Bestari, yg menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM. Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Penah jadi guru di bawah Kementerian Pendidikan dan berhenti awal utk aktif dgn ARQAM. Mereka ini berasal dr kumpulan ARQAM yg diharamkan oleh kerajaan.

Apabila arqam diharamkan, mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar utk punggut derma di seluruh Negara. Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah.

Ada 2 surat dr Jabatan Agama Kedah dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih berdegil dan bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dgn tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar. Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dlm Kariah Masjid Taman Intan. Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab blh menulis sebuah buku.

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yg telah difatwakan ajaran sesat. Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor utk bergerak. Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dr ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) utk punggut derma seluruh Negara. Ketua mereka adalah Azhar Wahab yg bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yg dipengerusikan oleh anak Raja Azhar bin Raja Wahab sendiri.

Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dgn Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani. Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yg telah mereka lakukan dan akan lakukan.

PERHATIAN:

1. Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional

2. Turun pdng ambil tahu


3. Jangan mudah tular sebarang isu sebelum disahkan oleh pelbagai pihak yg ada kuasa


4. Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan


5. Jumpa agensi yg terlibat utk pastikan isu ini. Jabatan Agama & JKM rujukan utama

Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis utk mendapat simpati masyarakat.

Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan. Pd 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yg tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri.

Satu majlis telah diadakan utk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dr Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh.

Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria. Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dr Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dr IPD Daerah Kuala Muda).

Pada thn ini 2018, murid-murid drpada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 drpada aliran perdana dan seorang drpada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam.

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:

1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang. 2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang. 3A lelaki 11 orang, 13 perempuan. 4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang. 5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang.

Bangunan yg mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 thn bermula 1 Januari 2017 (three (3) years.

Sewa blnan RM14,000 sebulan.

Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only).

Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yg masih menabur benih fitnah dan umpatan. Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat utk encik dan mereka. mcm-macam kata-kata mereka melalui media sosial menuduh pihak saya membuat fitnah. Mereka masih tidak menjawab pertanyaan saya, Pejabat Agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salinan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan. Byk lagi maklumat yg diperlukan sbg bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan. Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri. Mereka ini adalah dr kumpulan ARQAM dan muncul atas pelabagai nama.

Maklumat bekas-bekas ahli yg tinggalkan kumpulan mereka ini, melaporkan ahli yg masih setia dgn kumpulan ini percaya Azhar Wahab bakal menjadi imam mahadi.

SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB 8603280292 atau Pusat Rawatan Amal CIMB BANK 86031577946

Hasil Siasatan Awam


Carian Berkaitan

211 anak yatim dihalau
Loading...

Tags: #Anak #Dihalau. #Penjelasan #Yatim

author
Author: 
    Jenis2 Puasa
    Jenis 2 puasa sunat, jenis 2 puasa, Aku & Kehidupan Ini: Mknan Di
    7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pd 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini
    7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar  Pd 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa
    Drama 30 Pesanan Suara Episod 15 – Episod 21
    Drama 30 Pesanan Suara Episod 15 – Episod 21 | Sekali lagi drama terbaru
    Poster Ramadhan Anak
    Poster ramadhan, poster ramadhan 2019, Kartu-kartu Ucapan Selamat Ramadhan Dlm Bahasa Inggris via

    Leave a reply "Ini Penjelasan Isu 211 Anak Yatim Dihalau."