Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk MRSM..

Oleh : Fdaus Ahmad

Tulisan aku ini utk perhatian ibu ayah kumpulan M40 (pendapatan sederhana) dan T20 (pendapatan tinggi) yg sekarang sedang huru hara sebab anak anak UPSR 6A, 5A bla bla tidak terpilih utk kemasukan SBP/MRSM panggilan pertama.

mrsm 1 - Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk MRSM..


Ya anak aku pun salah seorang drpada anak anak kalian.

Di portal portal, komentar, hatta di Malaysiakini kita dpt pelajari yg pengambilan Tingkatan 1 sesi 2019 terfokus pd kumpulan B40 dgn kuota 60-65%, hanya selebihnya utk rebutan kumpulan M40 dan T20.

Tuan/Puan,

Antara isu yg terbangkit adalah hal KEADILAN, di mana anak anak M40/T20 yg juga belajar susah payah nak dptkan 5A/6A tetapi tidak diberi keutamaan masuk ke SBP/MRSM berbanding B40 yg cuma 2A 3A (sudah layak dipanggil).

Di sini aku nak tekankan semula perkara paling aula dlm diskusi yg sedang berlangsung;

Bagaimana berkesannya kaedah penentuan pendapatan keluarga?

Mak ayah akan declare pendapatan berserta slip gaji (atau apa apa proof of income) lama (keywordnya ‘lama’) sebelum anak anak ambil UPSR.

Jadi, kata tentu menakrif kategori pendapatan B40, M40 atau T20 benar benar terletak pd dptan borang yg aku sebut tadi, di mana guru akan memasukkan semua data pendapatan itu ke dlm sistem online utk kegunaan kementerian dikemudian hari.

Sekarang kita tengok contoh ni;

Katakan pd Januari 2018 ayah A si peniaga Ayam Rangka Pasar Malam isi pendapatan keluarga sebanyak RM2,000 sebulan. Memang benar itu lah pendapatan blnannya pd masa dan ketika itu. Maka kategori A adalah B40.

Tetapi pd bln Feb, dia expand cawangan ke tapak Pasar Malam lain. Mac satu lagi, April satu lagi dan pd September 2018 usai A menduduki UPSR, pendapatan blnan keluarganya sudah berubah menjadi RM18,000 sebulan. Lalu sekarang, kategori A sudah menjadi T20.

Nampak?

Hal ini terguna pakai dlm keadaan reverse.
Di mana ayah B pd Januari 2018 meletakkan pendapatannya sebanyak RM18,000 sebulan kerana memiliki 9 cawangan Ayam Rangka Pasar Malam. Maka deklarasi pendapatan jatuh dlm kategori T20.

Namun setiap cawangan mengalami masalah dan terpaksa ditutup yg pd akhirnya, usai B menduduki UPSR pd September 2018, pendapatan keluarganya sudah jatuh ke kategori B40.

Hal yg sama terguna pakai kepada ibu ayah bekerja swasta/kerajaan di mana mereka blh dinaikpangkat/bertukar kerja dgn gaji lebih sambil berniaga online atau menjadi ejen Takaful dgn pendapatan tambahan 4-5 ribu sebulan.

Reverse juga blh berlaku jika mereka ini dikenakan VSS atau isteri berhenti kerja sebab kena jaga anak kecil.

Argument paling fokal dlm hal penyusunan kategori pendapatan ini adalah sejauh mana efisyen dan tepatnya kaedah yg diguna pakai?

Terdapat lebih kurang 400,000++ calon UPSR 2018. Mknya 400,000++ jumlah penilaian yg mesti dibuat bg menentukan kategori ini.

Seperti mana kita akui terdapat ramainya orang miskin bandar yg disalah tafsir sbg berduit, kita juga kena akui ramai juga orang yg kaya kampung yg disalah tafsir sbg kurang berduit.

Itu belum kita sentuh soal manipulasi.

Contohnya aku amik diri sendiri lah senang.

Dalam borang tu dia nak tahu;

Kerja/jawatan
Pendapatan blnan
Jumlah tanggungan

Ok aku ada beberapa kerja.

Ada jawatan yg aku earn income T20, ada M40 dan ada juga B40.

Setiap jawatan ini berbeza portfolio dan of course berbeza nilai pendapatan blnan.

Jadi kalau aku letak jawatan yg income B40 pun aku tak dikira menipu sebab memang betul itu jawatan aku dan ada slip income blnan.

So mcm mana?

Borang tu tak tanya aku duduk rumah apa atau ada pakai BMW RnineT ke tidak?

Nampak tak loophole nya?

Tapi sebab aku nak berlagak hari tu, jadi aku declare lah T20 yg akibatnya sekarang anak aku kena tanggung sebab makin malap lah nak ke SBP/MRSM. Sudah la tak dpt 6A, T20 pulak tu..haaa belajar lah kau di sekolah biasa!

Tak bagus ke sekolah biasa?

Amboiiih dia punya kerek bertanya.

Kalau anak kau secara keputusan merit dpt bagus, dan dia ada cita cita nak masuk sekolah SBP/MRSM, di mana salah dan silap mereka?

Adakah mereka ini dpt result bagus tak payah belajar?

Sebagaimana kita meraikan anak anak B40 utk ke sekolah bagus, jangan lah kita nafikan usaha dan penat lelah anak anak M40 dan T20 yg juga ingin ke sekolah bagus.

Berdosa kah anak anak UPSR bagus ni beribu bapakan M40 dan T20?

M40/T20 blh sediakan duit itu ini mudahkan anak anak belajar dan jadi cemerlang kata mereka. Tak payah SBP/MRSM ni semua.

Amboiiih.

Habis orang kaya di Changlon dan Hutan Aji tu nak hantar anak kelas renang di mana? Berlatih cakap English dgn siapa? Nak cari guru guru pakar graduate oversea di ceruk kampung mana?

Begitu lah tuan puan.

Tapi tidak mengapa lah.

Untuk kali ini, demi anak anak kalau perlu kita merayu dan minta sedekah panjatnaik turun pejabat SBP atau pejabat MARA, kita buat lah.

Panggilan ke berapa pun tak apa lah asalkan kita usaha sebaiknya.

Dah habis usaha, kalau tak dpt juga maka itu bukan rezeki mereka.

Semoga ibu ayah M40 dan T20 tabah menghadapi dugaan.

#UPSRUpset2018


Carian Berkaitan

pendapatan icloud com

Loading...

Tags: #Anaknya #bapa #GAGAL #kerana #Luahan #Masuk #MRSM

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk MRSM.."