Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

omellete 1 - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

Beberapa hari je lagi anak-anak akan kembali ke sekolah dlm pd sibuk dgn persiapan ke sekolah, jangan lupa sarapan juga penting  utk memastikan anak kekal bertenaga sepanjang hari di sekolah. Tak tahu nak buat sarapan apa, ini ada 15 menu mudah yg korang blh cuba atau dijadikan idea utk cipta menu sarapan baru.

 BAKED BREAKFAST OMELETTE

BAHAN-BAHAN:        

  • 4 biji telur gred A
  • ½ cawan susu segar
  • ¼ cawan cincangan sosej/pepperoni
  • 1 biji tomato | cincang
  • 2 sudu mkn parutan keju – Mozarela/Romano/Parmesan
  • 1 sudu mkn cincangan daun basil
  • Garam, lada hitam dan lada sulah secukupnya
  • Mentega secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar sehingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
  2. Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
  3. Sediakan loyang/bekas pembakar yg telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
  4. Tuang bancuhan telur tadi ke dlm bekas tersebut.
  5. Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
  6. Bakar di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 190-200C selama 15-20 minit atau sehingga telur masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 sarapan 11 roti telur - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

ROTI BAKAR TELUR GOYANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2-4 keping roti
  • 2-4 biji telur
  • Mentega secukupnya
  • Kaya secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bakar roti sehingga perang.
  2. Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
  4. Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah.

sarapan 7 nasi goreng sisej - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

NASI GORENG SOSEJ

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 batang sosej | bulat nipis
  • 2 sudu mkn cincangan daun bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 2cm belacan
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
  2. Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
  3. Di dlm kuali, panaskan sesudu mkn minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
  4. Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.

sarapan 14 prata sardin - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

TORTILLA SAMBAL SARDIN

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 keping tortilla segera  | nyah bekukan
  • 3-4 ketul sardin dlm tin
  • 2 sudu mkn cili kisar
  • 1 labu bawang besar | cincang dadu
  • 1 biji tomato | cincang dadu
  • 4-5 biji cili padi | cincang halus
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu mkn minyak di dlm kuali. Tumis bawang cincang dan cili kisar sehingga cili masak.
  2. Masukkan ikan sardin, asam keping, tomato dan cili padi. Didihkan beberapa minit.
  3. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Di dlm kuali leper (non stick), panaskan tortilla sehingga agak perang. Ulangi langkah sehingga selesai.
  5. Bentukkan tortilla mengikut cita rasa masing-masing dan hidangkan bersama sambal sardin dan sedikit daun salad jika suka.

sarapan2 - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

BURITOS AYAM & CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tortilla
  • 2 keping dada ayam
  • 10 biji cendawan butang | hiris nipis
  • 150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
  • 2 sudu mkn mayones
  • 1 sudu teh oregano kering
  • Daun salad secukupnya
  • Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pd kepingan ayam lalu dipanggang dgn sedikit minyak zaitun sehingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
  2. Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dlm kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  3. Tortilla dipanaskan sedikit di dlm kuali leper. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pd tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
  5. Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.

sarapan 3 - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

PRATA  TELUR GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
  • 1 labu bawang besar | cincang halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu mkn cincangan daun bawang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
  2. Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak zaitun di dlm kuali leper.
  4. Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian sehingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah sehingga selesai.
  5. Menggunakan kuali yg sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dlm kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
  6. Letak telur ke dlm prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.

sarapan 9 roti gulung sardin - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

ROTI GULUNG BERINTI TUNA

BAHAN-BAHAN:

  • 2-4 keping roti
  • 3 biji telur | pukul sedikit dgn garpu
  • 1 cawan tuna flakes (dalam tin)         | toskan
  • 1 labu bawang besar | cincang halus
  • 1 biji cili merah | cincang halus
  • 1 biji cili hijau| cincang halus
  • 1 sudu teh paprika
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
  2. Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
  3. Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yg telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dgn sedikit telur.  Gulung dan kemaskan.
  4. Celup roti ke dlm bancuhan telur.
  5. Panaskan minyak di dlm kuali dan goreng gulungan roti sehingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.

arapan 10 sandwich - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

SANDWICH AYAM  & SALAD

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm ayam (bahagian dada)
  • 4-5 sudu mkn mayones
  • Daun salad secukupnya
  • Baguette Perancis secukupnya
  • Mentega secukupnya
  • Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dilumur dgn sedikit garam, lada sulah dan lada hitam lalu dipanggang sehingga masak dan cincang halus.
  2. Campurkan mayones ke dlm mangkuk berisi cincangan ayam dan gaul rata.
  3. Tambahkan lada sulah/lada hitam dan gaul sebati. Ketepikan.
  4. Sapu sedikit mentega ke atas roti.
  5. Letakkan sekeping daun salad ke atas roti.
  6. Letakkan sesudu campuran ayam dan ratakan di atas roti.
  7. Ambil sekeping lagi roti yg telah disapu mentega dan tutup seperti sandwic.
  8. Sedia dihidangkan.

sarapan 6 lempeng gula melaka - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

LEMPENG  MINI GULA MERAH KELAPA

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 280ml susu segar
  • 30gm gula halus
  • 50gm kelapa parut  | putihnya sahaja
  • 1 biji telur   | pukul sedikit dgn garpu
  • 2 sudu mkn mentega | cairkan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Air gula merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
  2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata sehingga menjadi adunan yg likat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dlm kuali.
  4. Biarkan beberapa minit sehingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yg satu lagi sehingga kekuningan. Ulangi langkah sehingga selesai.
  5. Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.

sarapan 12 telur hancur - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

TELUR HANCUR & CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 8 biji cendawan butang | hiris nipis
  • 1 biji tomato | cincang
  • 1 sudu mkn cincangan cili benggala
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan parutan keju parmesan+mozzarella
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk; pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tuang bancuhan telur dan masak sehingga agak kental.
  3. Masukkan cincangan cendawan, cili benggala, parutan keju dan cincangan tomato. Gaul sebati dan hancurkan.
  4. Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilihan jika mahu.

sarapan13 spageti - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

SPAGETI GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
  • 2 batang jejari ketam | potong kecil
  • 8-10 ekor udang sederhana | bersihkan
  • 5-6 biji cili padi | hiris halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu mkn cili kisar
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu mkn cincangan daun bawang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sesudu mkn minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis sehingga semua bahan masak.
  3. Masukkan sos tiram, spageti yg telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis sehingga semua bahan sebati.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

sarapan 4 lempeng tahai - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI

BAHAN-BAHAN A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):

  • 15 biji cili padi hijau
  • 4 biji cili hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar | potong bulat
  • 100gm ikan tahai | bersihkan
  • 3cm belacan
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka blh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
  2. Sapu sedikit minyak pd kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak sehingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah sehingga selesai.
  3. Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
  4. Panaskan dua sudu mkn minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yg telah dibersihkan dan didihkan sehingga beberapa minit.
  5. Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.

lempeng5 sayuar - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

LEMPENG SAYURAN DAN UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan air
  • 6-8 ekor udang sederhana | cincang kasar
  • 1 biji cili merah  | cincang halus
  • 3 biji tomato ceri | cincang dadu
  • 1 labu bawang besar  | cincang halus
  • 1 sudu mkn cincangan daun bawang
  • 1 sudu mkn parutan lobak merah
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada sulah
  • ¼ sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
  3. Sapu sedikit minyak pd kuali leper (non stick). Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dlm kuali.
  4. Masak lempeng sehingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Sedia dihidangkan.

Untitled design 48 - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

WESTERN EGG SKILLET

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan susu segar + krim masakan
  • ¼ cawan air
  • 2 sudu mkn minyak zaitun
  • 2-3  biji telur
  • 3 batang sosej | hiris nipis
  • 4 keping roti (sourdough bread) | potong dadu
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 biji cili benggala | hiris nipis
  • 10 bij tomato ceri           | belah dua
  • 2 sudu mkn cincangan parsli
  • ¼ sudu teh serbuk cayenne
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pd suhu 200C.
  2. Tuang minyak zaitun dlm kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dlm ketuhar.
  3. Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dlm ketuhar selama 5-6 minit atau sehingga semua bahan lembut.
  4. Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dr ketuhar.
  5. Lubangkan 2-3 bahagian roti dlm kuali tadi dan pecahkan telur di dlmnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dlm kuali. Masukkan kembali dlm ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.

sarapan 8 nasi goreng mentega telur - Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba.

NASI GORENG MENTEGA TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 2 sudu mkn mentega
  • 2 biji telur
  • 10 ekor udang segar | bersihkan
  • 2-3 ulas bawang putih  | cincang halus
  • Sedikit cincangan daun bawang | hiasan
  • Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dlm kuali. Masukkan telur dan goreng hancur sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yg sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan udang dan goreng sehingga separuh masak.
  4. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
  5. Sesuaikan rasanya dgn menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
  6. Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.

 

Komen anda


Loading...

Tags: #Cuba #Koleksi #MakMak #Minggu #Resipi #Sarapan

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ini Koleksi Resipi Sarapan Utk 2 Minggu, Mak-Mak Blh Cuba."