Ini Kelebihan Solat Dhuha, Rugi Kalau Langsung Tak Pernah Buat

Loading...

dhuha 1024x597 1 - Ini Kelebihan Solat Dhuha, Rugi Kalau Langsung Tak Pernah Buat
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yg amat dituntut utk dilakukan oleh setiap muslim. Ia juga dikenali dgn nama solat al-Awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari.

Tambahan pula, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pd setiap bln, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

Banyak hadis yg menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya.

1. Solat Sunat Yg Sangat Dituntut

Antaranya ialah dlm Riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari drpada tiap-tiap bln” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Dimurahkan Rezeki Dan Elak Miskin

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dlm kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yg maksudnya:

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

3. Ganti ‘Sedekah’
Dlm riwayat yg lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yg maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yg demikian itu dgn mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Diampuni Dosa
Dlm satu riwayat yg lain, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:

“Barangsiapa yg menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah bgnya aku segala d0sanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Antara kelebihan solat Dhuha yg lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dlm badan kita. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang drpada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yg baik adalah sedekah, melarang drpada perkara yg mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dgn dua rakaat yg telah didirikan oleh seseorang itu drpada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]

KESIMPULAN

Menjadi satu kemestian bg setiap insan yg mengaku beriman kepada Allah agar melaksanakan solat sunat Dhuha pd setiap hari. Ini kerana, ia merupakan sbg satu tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT terhadap segala nikmat-nikmat yg telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat sendi-sendi di dlm badan kita ini.

Marilah sama-sama kita cuba mengamalkan dan beristiqamah dlm melaksanakan solat sunat Dhuha ini di dlm kehidupan seharian kita walaupun cuma dua rakaat kerana itu lebih dikasihi oleh Allah SWT sbgmana diriwayatkan oleh Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل

Maksudnya: “Amalan yg paling disukai oleh Allah SWT adalah yg berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.” [Riwayat Muslim (783)]

Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

The post Ini Kelebihan Solat Dhuha, Rugi Kalau Langsung Tak Pernah Buat appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Buat #Dhuha #Kalau #Kelebihan #langsung #PERNAH #Rugi #Solat

author
Author: 
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara
    Dituding Jadi Simpanan Om-Om Karena Byk Uang, Barbie Kumalasari: Bisnis Gue Byk!
    slidegossip.com – Belum lama ini artis Barbie Kumalasari kembali menuai sensasi saat dirinya
    Murid Thn 1 cedera digigit anjing
    RANAU: Seorang murid perempuan Thn 1 parah selepas diserang seekor anjing ketika pulang
    Ogah Menuai Dosa, Artis Cantik yg Pernah Ketahuan Minum Alkohol Ini Putuskan Berhijab!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Kesha Ratuliu sempat menghebohkan publik lantaran

    Comments are closed.