Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

KARI TULANG IKAN MASIN TERUNG 1 - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

Korang, kalau rasa sibuk dan tak cukup masa tapi nak juga masak sendiri. Ini ada idea bagus korang blh cuba. Ideanya ialah campurkan lauk dgn sayur sekali dlm satu menu, contoh Gulai Ikan Masin Dgn Terung Atau Kari Daging Dgn Rebung.  Tapi kalau korang ada idea lain blh je cuba.  Yg penting ada sayur dan lauk dlm satu menu, lauk tambahan  blh je goreng telur dadar.  Senangkan, Kalau korang nak cuba ini ada beberapa resipi yg RASA kongsikan.

KARI TULANG REBUNG - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

KARI TULANG BERSAMA REBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang  | cuci bersih dan rebus sehingga empuk
  • 150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
  • 500ml air rebusan tulang
  • 250ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari | lurut dr tangkai
  • 4 sudu mkn rempah kari daging
  • 2 sudu mkn sebuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 tangkai bunga lawang
  • 6 ulas buah pelaga
  • 5 biji  bunga cengkeh

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulsa bawang putih
  • 4cm halia muda
  • 3 cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bahan rempah penumis sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata sehingga timbul minyak.
  3. Kemudian masukkan campuran rempah kari dgn serbuk cili yg dibancuh dgn air.
  4. Terus kacau sehingga wangi dan tumisan pecah minyak.
  5. Masukkan tulang yg telah direbus bersama rebung tadi.
  6. Kacau rata dan tambah dgn air rebusan tulang.
  7. Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
  8. Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dgn garam dan gula.
  9. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
  10. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.

KARI TULANG IKAN MASIN TERUNG 1 - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
  • 2 biji Terung Siam| belah dua
  • 500ml santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 sudu mkn rempah kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

BAHAN  TUMIS DARAT:

  • 4 biji bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 sudu mkn rempah campur
  • 1 tangkau daun kari | lurut dr tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dlm periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
  2. Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
  3. Renehkan atas api sederhana sehingga mendidih dan terung empuk.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
  5. Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
  6. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dlm kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
  7. Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
  8. Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dlm periuk gulai tadi.
  9. Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN JENAHAK BERSAMA BENDI & TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan jenahak  (lebih kurang 3 keping) | cuci bersih dan tos
  • 3-4  batang kacang bendi | buang pangkal dan hujung
  • 1 biji terung bulat | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah dua atau empat
  • 1 sudu mkn rempah campur
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sudu mkn pes cili kering
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu mkn minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah campur sehingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau lagi sehingga tumisan pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan air asam dan air secukupnya. Biarkan mereneh.
  4. Masukkan ikan dan terung, kacau sekali sekala.
  5. Setelah ikan masak dan terung empuk, masukkan kacang bendi, daun kesum dan bunga kantan.
  6. Perasakan dgn serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila kuah sudah pekat dan cukup rasa. Tutup api.
  8. Asam pedas sedia dihidangkan.

ASAM REBUS UDANG BATANG KELADI - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

ASAM REBUS BATANG KELADI & UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pokok batang keladi | buang kulit ari dan potong 3-4 cm
  • 4-5 ekor udang
  • 3-4 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • 3-4 pucuk daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dlm periuk, setelah air mendidih masukkan batang keladi dan celur seketika.
  2. Selepas 2-3 minit angkat dan tos airnya.
  3. Dalam periuk lain, masukkan air lebih kurang dua cawan kemudian campurkan dgn bahan kisar.
  4. Kacau rata, renihkan di atas dapur. Setelah mendidih masukkan asam keping, sarai titik dan daun kesum.
  5. Seterusnya masukkan batang keladi yg telah dicelur tadi bersama udang.
  6. Setelah udang bertukar warna kemerahan, perasakan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup masak dan rasa. Tutup api.
  8. Asam rebus batang keladi sedia dihidangkan.

LOKAN DAUN PEHGAGA - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
  • Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
  • 1 batang serai | titik
  • 500 ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 hirisan halia

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dlm periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik.
  2. Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana.
  3. Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga.
  4. Kacau rata, kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, tutup api dan hidangkan.

GULAI NANGKA BABAT - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

 GULAI MINANG NANGKA BERSAMA BABAT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm nangka muda | potong dadu dan rebus
  • 300gm babat | cuci bersih, rebus dan hiris kecil
  • 500 ml santan
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan bahat, kacau seketika baru masukkan santan.
  4. Setelah mendidih masukkan nangka, asam gelugor.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api.
  7. Gulai nangka, sedia dihidangkan.

ASAM PEDAS IKAN PARI TERUNG - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

IKAN PARI ASAM TUMIS BEREMPAH BERSAMA TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan pari | cuci bersih dan tos
  • 5-6 biji terung siam (warna unggu kecil) | buang tangkai
  • 3 sudu mkn  pes cili kering
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 sudu mkn rempah biji
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu mkn minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan rempah campur, daun limau purut bersama bahan kisar.
  2. Selepas naik bau, masukkan air asam jawa.
  3. Kacau rata sehingga pecah minyak, baru masukkan ikan pari.
  4. Tambahkan sedikit air, setelah mendidh, masukkan terung.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika baru tutup api.
  7. Asam Tumis Ikan Pari sedia dihidangkan.

PISANG - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm pisang berangan muda| buang kulit ari
  • 250gm daging | hiris nipis dan cuci bersih
  • 200ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 sudu mkn rempah kari daging
  • 2 sudu mkn serbuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu mkn minyak masak | untuk menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yg dibancuh bersama serbuk cili.
  3. Kacau rata sehingga timbul minyak, baru masukkan daging.
  4. Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
  5. Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugor.
  6. Setelah pisang empuk, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa. Tutup api.
  8. Kari pisang sedia dihidangkan.

UDANG PERIA - Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap.

 GULAI LEMAK CILI PADI UDANG & PERIA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang   | bersihkan dan tos
  • 500 ml santan
  • 1/2 biji peria gambas | buang biji , hiris serong
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai titik
  • 1/2 helai daun kunyit | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  •  Hirisan halia

CARA  MEMASAK:

  1. Masukkan santan dlm periuk bersama bahan kisar. Kacau rata.
  2. Renehkan atas api sederhana.
  3. Apabila mendidih, masukkan peria, udang, serai dan asam gelugor.
  4. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit atau sehingga udang masak dan peria empuk.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.
  7. Gulai udang sedia dihidangkan.

 

Komen anda


Loading...

Tags: #Bijak #Gabung #Idea #Lauk #MENU #Satu #Sayur #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dgn Sayur Dlm Satu Menu Yg Sedap."