Ini Cara Potong Kuku Mengikut Sunnah

x 103 - Ini Cara Potong Kuku Mengikut Sunnah

Potong kuku hari Jumaat dpt pahala dah, kalau cara potong kuku tu ikut Nabi pulak, lagi la byk pahala.

Memotong atau memendekkan kuku ialah membuang hujung kuku sama ada kuku tangan atau kaki sehingga rapat pd kulit di bawah kuku serta mencucinya.

Kuku yg panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman, bakteria dan virus. Hal ini kerana kuku selalunya digunakan utk menggaru gatal, mengambil dan membuka sesuatu sehingga kekotoran terkumpul di celah kuku.

Memotong kuku termasuk dlm perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dlm tempoh lama kerana melambangkan penampilan seseorang itu yg tidak bersih dan tidak terurus.

Lebih penting ia perlu selalu dipotong supaya tidak menyerupai gelagat sesetengah orang kafir yg menyimpan kuku. Ini selaras dgn sabda : Nabi saw , maksudnya: ” Sesiapa yg menyerupai suatu kaum , maka dia termasuk drpadanya.” (Riwayat Ahmad)

Hukum

Memotong kuku adalah termasuk dlm amalan sunat, sbgmana dinyatakan dlm hadis drpada Aisyah ra bermaksud : “Sepuluh perkara yg sbg fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dgn air (beristinja)…” (Riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bg lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yg melekat atau terkumpul di celah kuku.

Cara Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula dr tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam Nawawi , sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya drpada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri drpada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki , bermula kaki kanan drpada jari kelengkeng sehinggalah ibu , kemudian kaki kiri drpada ibu jari sehingga kelengkeng.

Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yg tidak mendatangkan mudarat.

Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi blh mengakibatkan penyakit.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dlm mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana blh mewarisi penyakit kusta.

Waktu Potong Kuku

Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian .

Menurut Imam Syafie , sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat junaat, sbgmana disunatkan mandi, bersugi, mengenakan haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pd hari khamis atau pagi Jumaat atau pd hari Isnin .

Perbuatan lps Potong Kuku

Potongan kuku sunat ditanam di dlm tanah sbg tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dlm Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.

Sumber : BH , Ruangan Addin

Loading...

Tags: #Cara #Kuku #Mengikut #Potong #Sunnah

author
Author: 
    5571. INILAH PENGHALANG TURUNNYA ADZAB KE BUMI
    PERTANYAAN : Assalamualaikum para mujawib yg saya hormati, mohon ibarot tentang mcm mcm 
    Kantoi Video Joget : Pengamal Undang-Undang Patut Jaga Status Kata DR. MAZA.
    Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin Tarian Ahli-ahli Undang-undang  Ramai yg bertanya pandang pasal
    Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman..
    Oleh : Muhsin Zaidi II Dia mcm ni tau. Ya betul tuan-tuan, sbg
    Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 – Bab 11 (Novel Online)
    Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 – Bab 11 (Novel Online) : Drama

    Leave a reply "Ini Cara Potong Kuku Mengikut Sunnah"