
Antara daun yg kerap dicampur dlm masakan sbg penambah aroma ialah daun limau purut. Dgn aromanya yg segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Utk anda yg menyukai daun limau purut, ini ada info yg blh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yg kuat, maka anda perlu memilih daun yg elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yg ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dlm masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yg lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dlm masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat blh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.

SAMSUNG CAMERA PICTURES
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda blh simpan dan digunakan dlm masakan yg seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dgn kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti sejuk. Atau blh simpan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dgn fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga blh dijadikan hiasan dlm masakan utk mencantik mknn yg dihidang.
Tags: #Cara #daun #Kegunaan #Limau #Masakan #PILIH #Purut #SIMPAN