Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dgn Lauk, Baru Masak mcm Pro.

Set Nasi Briani 1 - Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dgn Lauk, Baru Masak mcm Pro.

Masak Nasi Briani, tapi nak pdnkan dgn lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yg lengkap dgn lauk dan acarnya sekali. Pdnan nasi dan lauk ini sesuai kalau korang sediakan utk hidangan tetamu di hujung minggu ni atau bila anak-anak balik berkumpuil.

nasi 1 - Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dgn Lauk, Baru Masak mcm Pro.

NASI BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
  • 2 sudu mkn rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
  • 4 biji buah tomato  | potong dadu
  • 100 gm daun pudina
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  •  200ml susu cair
  • 4 sudup rasa mkn minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus
  • Beberapa titik pewarna kuning |bancuh dgn sedikit air
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  •  5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih  |hiris
  • 2cm halia  | hiris halus
  • 2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji  buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dlm kuali, tumiskan bahan penumis sehingga wangi.
  2. Masukkan rempak briani yg telah dibancuh dgn sedikit air, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato yg telah dipotong dadu.
  4. Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis ke dlm periuk nasi yg berisi beras yg ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
  6. Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

daging 2 - Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dgn Lauk, Baru Masak mcm Pro.

KAMBING BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing   | potong  ikut cita rasa
  • 4 biji kentang | kupas dan belah empat
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 2 biji cili merah |  belah 2 tapi tak putus
  • 2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
  • 2 sudu mkn bawang goreng
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 1 cawan susu cair/segar
  • 1 biji lemon
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 sudu mkn rempah briani
  • 2 sudu mkn gula Melaka
  • 2 sudu mkn kerisik
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
    BAHAN KISAR 
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cmhalia
  • 1 biji tomato yg masak ranum
  • 3 biji cili hijau
    BAHAN TUMIS 
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, kemudian campurkan dgn minyak sapi, tumis hirisan bawang besar sehingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah briani yg telah disatukan dgn bahan kisar, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
  4. Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
  5. Perah lemon dlm susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
  6. Apabila kentang empuk. Perasakan dgn gula Melaka dan garam secukupnya.
  7. Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
  8. Hias dgn hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

 acar - Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dgn Lauk, Baru Masak mcm Pro.

ACAR TUMIS:

 BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
  • 1batang lobak merah | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
  • 8ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu mkn serbuk kari daging
  • 2 cm halia hiris memanjang
  • 2 sudu mkn cuka
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh biji sawi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu mkn minyak masak

 BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
  2. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis sehingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
  4. Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
  5. Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.
  6. Gaul rata, angkat dan sedia dihidangkan.

Komen anda

Loading...

Tags: #Baru #Briani #Cara #Lauk #Lengkap #Masak #Nasi #Pro.

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dgn Lauk, Baru Masak mcm Pro."