Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya.

Loading...

berlado 1 - Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya.

Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dgn Dendeng Daging Minang yg garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak byk restoran yg menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yg garing, pedas dan empuk.

hiris nipis - Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya.

Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dgn bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dgn air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa utk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging sehingga empuk.

Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut utk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.

tumbuk daging 1024x672 - Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya.

Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dgn cara melawan ira daging, kemudian ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .

Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng utk mendapatkan tekstur luar yg garing utk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dlm minyak panas yg byk, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.

ulek berllado 1024x768 - Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya.

Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dgn bawang merah yg kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dgn lesung batu.

Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini sehingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata sehingga sebati dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata sehingga garing dan tutup api.

dendeng daging - Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya.

DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging batang pinang
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 300ml air kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • BAHAN KISAR:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dgn bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus sehingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk sehingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.

Loading...

Tags: #Buat #Cara #Daging #Dendeng #Empuk #Manaatap #rasanya #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Manaatap Rasanya."