Ini 7 Nasihat Dari Doktor Utk Ibu Yg Berpantang Sendiri..

Oleh : Rusyainie Ramli

Berpantang sendiri?

Tak ada masalah pun.

Saya kongsikan cara berpantang yg tak menyusahkan diri dan orang lain. Dan yg paling penting, sesuai utk rakyat marhaen yg tak ada kemampuan kewangan nak berpantang cara orang kaya.

Pantang 1 - Ini 7 Nasihat Dari Doktor Utk Ibu Yg Berpantang Sendiri..
Rusyainie Ramli

Mengandung, bersalin dan berpantang adalah suatu perkara yg normal utk wanita. Kerana itulah satu-satunya cara manusia utk membiak. Kekangan budaya yg membuatkan ia suatu benda yg menyusahkan dan meremehkan sehingga langsung tak masuk akal.

1. Berurut dan bertungku HANYALAH UNTUK memanjakan diri. Tak wajib. Harga yg dikenakan tukang urut bukan murah. Saya tak pernah menyarankan pd pesakit saya utk mengambil tukang urut. 3 hari berurut RM300 – RM500. Tu blh tampung mknan berkhasiat utk satu keluarga. Kalau mampu silakan la. Tapi bukan utk sengkak la, angkat rahim sampai ke langit la. Bukan. Hanya utk relaks.

2. Mkn minum seperti biasa. Ikut sukatan;  

👉 Suku karbohidrat 
👉 Suku protein 
👉 Separuh sayur dan buah

Tak ada pantang larang mkn minum yg tak berasas yg diwarisi dr nenek moyang kita yg tak dpt akses kepada mknan berkhasiat mcm kita sekarang. Ayam, ikan, daging, telur, udang, sotong, kerang semua blh lah nak mkn. Kalau sebelum ni tak ada alahan pd mknan tu semua, dlm berpantang lps bersalin pun samalah. Tak ada istilah ikan gatal la bagai.

Luka cepat sembuh dgn protein sebab protein gunanya utk membaiki sel-sel yg rosak. Luka yg bernanah adalah disebabkan jangkitan bakteria. Bukan sebab mknan. Tolong tanam fakta tu dlm kepala dan turunkan ilmu yg betul kepada generasi akan datang.

Pantang2 - Ini 7 Nasihat Dari Doktor Utk Ibu Yg Berpantang Sendiri..
Gambar Hiasan – Google

Sayur dan buah mkn ikut porsi yg KKM cakap tu. Tak ada istilah sayur menjalar tak blh la. Sayur buah tu ada vitamin, mineral dan serat yg sangat penting utk kita sembuh cepat dan sihat.

Sesetengah sayur dan buah susah sikit nak dihadam oleh bakteria di usus dan menghasilkan gas. Tu saja. Tak ada masalah pun. Apa pun yg kita mkn akan dicernakan dlm sistem digestif. Mkn lah tembikai ke, nenas ke, apa sekali pun, dgn kadar sederhana.

Pening kepala saya, kenapalah pelik sangat budaya bangsa saya ni. Saya fahamlah nenek moyang kita dulu tak ada ilmu sains. Mereka turunkan petua semua berdasarkan pemerhatian saja. Tapi kita ni yg belajar sains kat sekolah dr darjah 1, kenapa masih di takuk lama?

Makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan bilis tu TAK BERKHASIAT! Protein mana? Dpt karbohidrat dan kandungan garam tinggi saja!

Masakan cara bakar, rebus, singgang, stim tu memang lebih baik dr goreng dgn minyak byk, tapi kan, kenapa nak menipu diri sendiri? Masa 42 hari tulah masakannya begitu? Yg beratus hari lagi tu? Amalkan la cara masakan tu seumur hayat.

Yang kelakar, pantang belum pun habis, dah merancang nak mkn apa nanti dan senarai tu tak ada pun mknan yg sihat. Haih la. Menipu diri sendiri lagi.

Makan dlm pantang utk mereka yg bersalin normal atau Caesarean SAMA. Tak ada beza. Sebenarnya cara mkn yg sama mesti diamalkan sepanjang hayat. Bukan hanya 42 hari.

3. Minum air yg cukup. Tak kiralah sejuk ke panas ke suam ke. Bani pantang tegar sangat alergik dgn ais. Kasihan betul. Agaknya kan mereka tak pernah dengar kot tempat kat dunia yg ada musim panas yg sangat terik mcm kat Arab tu. Agaknya kan kalau mereka berpantang kat situ, tahan ke dgn berstokin, berbaju tebal, tak ada pendingin hawa atau kipas dan minum air panas?

Air kosong tak kiralah suhunya apa kalorinya 0. Kajian menunjukkan kalau minum air sejuk, kita akan minum lebih byk berbanding air suam kalau lps aktiviti fizikal. Matahari panas lit lit suruh minum air panas dah kenapa. Tapi milo cicah biskut tu pula yg dibanggakan mereka tu, hanya penuh dgn gula dan gula. Lps tu berat badan tak turun-turun, dok salahkan tak pantang. Pdhal yg dia mkn tu kalorinya dah berapa.

Air takkan menyebabkan urat kembang. Atau becak kat vagina. Tu momokan yg tak logik. Sudahlah tu. Jangan dengar cakap mereka yg suruh minum air dgn sudu. Air pun air herba apa entah. Tu mendera namanya! Nak suruh mak-mak ni dehidrasi agaknya!

4. Sihat dlman tu adalah mitos yg saya tak faham. Apa maksud? Rahim kecut sendiri secara normalnya dlm masa 4 ke 6 minggu lps bersalin. Tak payah nak buat apa-apa. Jamu dan maajun semua tu adalah produk sampah yg dijaja utk menjatuhkan maruah wanita. Tak ambil kononnya nanti peranakan jatuh, buncit abdomen, faraj longgar, semua tu hanyalah mitos yg meletakkan wanita semata-mata sbg objek seksual lelaki.

Untuk mengelakkan tombong. Senaman Kegel. Habis cerita.

Silakan bangun berjalan dan bergerak masa dlm pantang. Terbaring saja tu meninggikan risiko darah beku di kaki. Darah beku di kaki yg terserpih dan masuk ke saluran darah pulmonari adalah salah satu sebab kematian mak dlm pantang. Jangan bg byk alasan. Buatlah kerja rumah tu selagi mampu.

5. Belajar tentang perubahan fizikal pd diri yg berlaku. Sekiranya ada simptom seperti demam menggigil, pergilah ke klinik. Dptkan nasihat doktor. Bukan panggil makcik bawang mana entah yg mulalah buat diagnosis sendiri. Dia tu tak sudah dok salahkan tak pantang pdhal mak tu rupanya ada jangkitan kuman. Pandai dia dr doktor.

6. Berbengkung bukan utk bg abdomen kempis. Tu kena bersenam. Ianya hanya sbg sokongan pd postur badan. Itu saja. Berpilis, tak mandi berhari-hari, sanggul rambut ketat-ketat dan tinggi-tinggi tu semua perkara sia-sia. Nak buat juga silakan lah. Tapi tulah busuk la kalau tak basuh rambut kan. Tak adanya air masuk ikut kepala, kulit kita ni bukan span nak serap air.

7. Suplemen lps bersalin? Tak payah kecuali doktor yg bukan cap ayam nasihatkan. Set bersalin yg harga beratus RM? Tu lagilah tak payah. Sampah saja. Mknan yg lengkap nutrisi, segar dan cukup jumlahnya dah terbaik dah tu. Mknan yg asal takkan blh diganti oleh pil, jus, kapsul atau seangkatan dgnnya.

Tak payah nak stres pasal berpantang ni. Hidup mcm biasa dgn sedikit limitasi. Raikan kehadiran orang baru dlm keluarga kita. Abaikan segala tohmahan makcik bawang. Kita dah bertahun belajar sains kan, maka dah tiba masanya kita jadi bijak, cerdik dan pandai.


Loading...

Tags: #Berpantang #Dari #Doktor #Nasihat #sendiri

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.