Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

Loading...

lempeng thai 25 46 456953 1 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

Kata orang Thailand syurga mknan kerana mknan terdapat pelbagai mknan yg sedap dan murah serta segar.  Oleh itu,  kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa mknan streat food yg memang terbaik dan sesuai dgn tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah kerana RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.

daging 25 00 323856 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

DAGING SELASIH THAI (PAD GRA PROW)

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm daging | hiris nipis & gaul dgn 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu  teh kicap pekat
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu mkn sos ikan
  • 1 cawan daun selasih Thai
  • Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
  • Sedikit minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan daging sehingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dgn cili benggala.
  3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
  4. Tumis sehingga wangi dan bawang layu.
  5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
  6. Apabila bahan sos sebati dgn daging, masukkan daun selasih.
  7. Gaul lagi sehingga daun selasih layu.
  8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dgn nasi putih.

kastard ikan 25 09 922191 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

BOTOK-BOTOK IKAN KARI THAU (HOR MOK PLA)

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram isi ikan tenggiri
  • 1 sudu mkn pes kari merah
  • 150 gm santan 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh gula1 biji telur3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
  • 10-15 helai daun selasih Thai 1 biji cili merah |untuk hiasan
  • Daun pisang | untuk mangkuk

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dlm bekas.
  2. Kacau rata dan sebati.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
  4. Masukkan isi ikan yg telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
  5. Kukus selama 10-15 minit.
  6. Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dgn sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.

nasi kormok 25 46 454451 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

 NASI BRIANI THAI (KAO MOK GAI)

BAHAN-BAHAN:

REMPAH RATUS (DI KISAR):

  • 2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

NASI:

  • 5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
  • 4 sudu mkn minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 cm halia| hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 sudu mkn rempah Kao Mok Gai
  • 200ml susu cair
  • 1 ekor ayam  | potong lapan
  • 8 cawan air
  • garam secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  •  2 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dgn api perlahan.
  3. Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan sehingga wangi.
  4. Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
  5. Masukkan ayam dan rebus ayam sehingga hampir masak.
  6. Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
  7. Gaulkan ayam dgn satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
  8. Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh cawan air rebusan ayam dlm periuk elektrik bersama susu cair, bila mendidih , perasakan dgn garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yg telah ditoskan tadi.
  9. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  10. Sementara nasi masak, panaskan minyak dlm kuali, kemudian goreng ayam yg telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
  11. Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.

lempeng thai 25 46 456953 1 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

LEMPENG TELUR UDANG RANGUP THAI (HOT TOD)

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang | buang kulit
  • 1/2 cawan tauge | buang ekor
  • 1/2 cawan daun ketumbar | hiris
  • 1/2 sudu teh sos ikan
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 biji telur
  • 2 sudu mkn tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali leper
  2. Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air.
  3. Kemudian tuang adunan ke dlm kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya,
  4. Kemudian tuang bancuhan telur yg telah dikacau dgn sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan
  5. Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge.
  6. 6 Apabila nampak garing anda blh balikkan pancake. Utk rasa lebih ranggup.
  7. Jika tidak mahu, anda blh terus hidangkan dgn sos cili Thai.

cucur 25 58 131457 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

KUIH IKAN  PEDAS THAI (TOP MAN PLA)

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi ikan siakap | asingkan kulit dan hancurkan isinya
  • 1 biji telur
  • 2 sudu mkn hirisan halus kacang panjang
  • 3 helai daun limau purut | mayang halus
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 pes kari merah Thai
  • 2 cawan minyak masak

ACAR TIMUN:

  • 2 sudu mkn cuka mkn
  • 1 sdu mkn gula
  • 1/2 batang timun | potong dagu atau hiris nipis
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 sudu mkn kacang tanah yg telah ditumbuk kasar

CARA MEMASAK:

  1. Potong dadu isi ikan dan masukkan dlm mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Keluarkan masukkan dlm mangkuk adunan.
  3. Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata.
  4. Kemudian panaskan minyak dlm kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana.
  5. Goreng sehingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
  6. Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dgn timun, bawang merah dan cili Thai.
  7. Hidangkan bersama dgn Top Man Pla serta nasi putih.

kuetiaw 25 11 562242 -  Ini 6 Mknan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

KUETIAU (PHA THAI)

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm mi Thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah Thai
  • 100 udang dibuang kulit
  • 50gm tauge
  • 1 sudu teh serbuk cili Thai
  • 10gm daun bawang| potong 3 cm
  • 1 sudu mkn pes asam jawa
  • 1 sudu mkn sos ikan
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 2 biji telur

BAHAN PELENGKAP:

  • 1 hiris limau nipis
  • Sedikit tauge dan daun bawang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacau lagi sehingga udang masak.
  3. Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
  4. Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
  5. Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dlmnya.
  6. Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
  7. Angkat dan hiaskan dgn bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.
Loading...

Tags: #Gerai #Harga #ini. #Mknan #Murah #Popular #Rasa #Sedap #Thailand

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.