Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng.

Loading...

percikkan minyak 1 - Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng.

Minyak mercik semasa menggoreng ikan atau kuih muih bergoreng, biasakan? Ini juga alasan anak dara takut masuk dapur.  Emak-emak yg dah biasa masak, buat tak kisah je.  Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedehkan. Jadi utk selesaikan masalah ini semua, RASA nak kongsikan enam cara nak kurangkan minyak mercik semasa menggoreng yg korang semua blh cuba.  Senang je.

pastikan kuali kering - Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng.

Pastikan Kuali Kering

Semasa nak menggoreng perhatikan kuali yg lps dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya senang je, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak blh bercampur dgn air.

guna minyak ikut keperluan - Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng.

Tentukan Keperluan Minyak Utk Menggoreng

Minyak yg terlalu byk atau sedikit blh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak utk keperluan menggoreng.  Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya utk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yg non stick leper.

bahan perapan - Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng.

Periksa Bahan Perapan Dlm Mkn Yg Digoreng

Pastikan bahan perapan yg digunakan pd mknan yg mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu sehingga air perapan tos. Cara ini blh mengurangkan percikan minyak.

Elak Guna Minyak Terlalu Panas

Kerana nak cepat masak bahan yg digoreng, korang panaskan minyak sehingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yg kuat dan suhu yg terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia blh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok utk kesihatan  korang semua.

garam - Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng.

Taburkan Sedikit Garam Dlm Minyak

Saran ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dlmnya  Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dlm mknan yg digoreng,

Guna Kuali Berpenutup

Akhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang blh guna kuali berpenutut utk mengelakkan dr terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan mknan yg digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.

Boleh cuba tip ini utk mengelakkan rasa takut bila menggoreng..

Komen anda

Loading...

Tags: #Cara #Elak #Menggoreng. #Mercik #MINYAK #Semasa

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 6 Cara Elak Minyak Mercik Semasa Menggoreng."