Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Loading...

puteri Ayu 1 1 - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Ramai yg menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yg  lemak manis dan kaya dgn rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yg RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama utk mengukusnya.

kukus - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:

Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula utk membancuh adunan Puteri Ayu. Kerana utk menyediakan aduanan ini sangat mudah dan cepat.

adunan telur gula - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:

Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) sehingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan sedikit garam, pukul sehingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.

ayak tepung - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:

Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dgn elok yg memberikan tekstur yg empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yg diayak bersama sedikit demi sedikit. Utk meratakan campuran tepung blh gunakan spatula dgn cara kauk balik.

santan - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Campur Santan, Air  Dan Pewarna Hijau:

Setelah campuran  telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dr daun pandan yg dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yg wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.

kelapa - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Kelapa Parut Sbg Kepala Atau Topping:

Sebelum memasukkan adunan ke dlm acuan, sapu acunan dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yg telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dgn secubit garam halus. Pdtkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan sehingga adunan habis.

Kukus Tidak Lebih 20 Minit:

Susun acuan dlm pengukus dan kukus dlm pengukuks yg telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dr 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dr acuan apabila sejuk.

puteri Ayu 1 300x207 - Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je.

Resipi Apam Puteri Ayu.

Bahan-Bahan :

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 1 1/2 cawan tepung gqndum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 2 sudu mkn patu pes pandan
  • 1 penutup pewarna hijau

Bahan Kelapa Parut:

  • kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

 CARA MEMASAK:

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan sehingga kembang putih.
  3. Masukkan santan selang seli dgn tepung.
  4. Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
  5. Sapu acuan dgn sedikit minyak. Tekan kelapa yg dah kukus tadi dekat dasar acuan.
  6. Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Cara #Gebu #Lembut #Puteri #Senang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yg Lembut & Gebu, Senang Je."