Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

besar 1 - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

Bila aroma masakan mula  menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar utk mkn.  Di sebalik semua ini,  rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma  yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bg mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yg anda lakukan bg memastikan masakan  lebih sedap menyelerakan.

pic1 - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

 Titik – Serai, Halia Dan Lengkuas

Bahan  penumis segar  seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dlm masakan, terutama masakan yg berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dgn cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.

 rempah ratus - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

Sangai (goreng tanpa minyak) Rempah Ratus

Rempah ratus  berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dlm masakan.  Dgn berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap.  Rempah ratus yg telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.

belacan - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

Dibakar –Belacan

Belacan sangat kuat baunya.  Tetapi utk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dlm masakan. Mudah caranya, cucuk pd garpu atau lidi kemudian bakar  menggunakan api dapur sehingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yg lebih menyerlah.

siap 2 1 - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

Koyak Atau Carik– Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.

Masakan yg ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, utk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dlm masakan. Tujuannya utk mengeluarkan baunya agar sebati dlm masakan.  Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yg segar dan wangi.

hiris - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi

Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih blh dimasukkan dlm masakan dgn cara menyimpul dan masukkan dlm masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.

asam jawa - Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan.

Dilarutkan – Asam Jawa

Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dgn air suam sebelum sedia dimasukkan dlm masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dgn masakan dan memberi rasa dan aroma yg lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yg dijual dlm bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.

Diharapkan dgn sedikit makluman ini, anda blh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.

Selamat mencuba!.

Komen anda


Loading...

Tags: #Aroma #Bangkitkan #Cara #Masakan

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "Ini 6 Cara Bangkitkan Aroma Dlm Masakan."