Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

Loading...

laici2 1 - Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

Sebut je laici mesti terbayangkan air laici atau beberapa jenis dessert yg sejuk. Tapi tahukah korang bahawa buah laici ini juga blh dijadikan bahan campuran dlm masakan lauk pauk, terutamanya dlm menu yg ada  rasa masam manis dan pedas. Apa yg penting berani mencuba dan kreatif mengolah.  Kalau nak cuba ini RASA kongsikan.

 laici 1 - Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

AYAM MENTEGA LAICI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm isi ayam | potong dadu
  • 6-8 biji laici dlm tin
  • 3  sudu mkn mentega
  • 1 cawan susu cair
  • 1 pokok daun bawang | hiris 3-4cm
  • 5 biji cili padi | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dlm kuali dgn api sederhana.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi sehingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam, kacau rata sehingga ayam kecut.
  4. Seterusnya masukkan pula susu cair, gaul rata dan tambahkan laici sekali.
  5. Perasakan dgn serbuk perasa ayam, garam.
  6. Biarkan mereneh seketika dan masukkan daun bawang.
  7. Tutup api, dan Ayam Mentega Laici sedia dihidangkan.

laici2 1 - Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

IKAN BAWALTIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal | siang dan bersihkan
  • 4 biji laici | hiris kecil
  • 1/2 biji tomato | potong dadu
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu mkn cuka
  • 1 sudu mkn sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 2 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1 pokok akar & batang ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan yg telah dibersihkan tadi dgn garam halus dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, kemudian goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Perasakan dgn sos cili, cuka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Terus kacau sehingga kuah pekat, baru masukkan laici, tomato dan daun ketumbar.
  7. Tutup api dan gaul rata.
  8. Tuangkan sos di atas ikan, Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

laici4 - Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

FILLET IKAN DORI LEMON LAICI

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK IKAN DORI

  • 300gm ikan dori | potong dadu, bersihkan dan tos
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • Minyak masak utk menggoreng

BAHAN SOS:

  • 5 biji laici dlm tin | potong dadu
  • Sedikit cili banggala  kuning dan merah | potong dadu
  • 1 biji lemon | jus sahaja
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 1 sudu mkn pati sanqick
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu mkn mentega

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan rata tepung gandum bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur dlm mangkuk dan kacau rata.
  3. Celupkan ikan dlm telur, kemudian salutkan dgn tepung dan letakkan atas kertas tisu.
  4. Sementara itu, panaskan minyak masak dlm kuali.
  5. Goreng fillet ikan sehingga perang keemasan. Tos dan ketepikana.
  6. Sediakan pula sos lemon.
  7. Panaskan mentega dlm kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga wangi.
  8. Masukkan pati sanquick, jus lemon dan sedikit air.
  9. Kacau rata dan masukkan hirisan laici dan cili benggala.
  10. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  11. Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air.
  12. Kacau rata dan tutup api.
  13. Tuangkan sos atas fillet ikan yg telah digoreng tadi.
  14. Fillet ikan sedia dihidangkan.

laici5 - Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

UDANG LAICI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 350gm udang saiz XL| bersih  dan tos
  • 6 biji  laici dlm tin | belah dua
  • Sedikit cili banggala merah dan hijau | potong dadu
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 1 sudu mkn sos tomato
  • 1 sudu mkn sos plum
  • 2 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan udang bersama sedikit garam halus dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng udang sehingga kulit bertukar warna merah. Angkat dan tos.’
  3. Keluarkan minyak tinggal sedikit utk menumis.
  4. Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia muda sehingga wangi.
  5. Tambahkan dgn sos cili, tomato dan plum, kacau rata dan tambah dua sudu mkn air.
  6. Kacau rata, masukkan hirisan cili banggala dan laici.
  7. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sakali masukan semula udang goreng, kacau seketika. Tutup api.
  9. Udang Laici Masam Manis sedia dihidangkan.

laici3 - Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya.

KERABU SOTONG NANAS LAICI

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm sotong buang kulit luar, cuci dan tos
  • 4 biji laici dlm tin | hiris
  • 1 keping nanas dlm tin | hiris halus
  • 2 sudu mkn sos cili Thai
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • 1 biji tomato| buang biji dan potong dadu kecil
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris nipis
  • 1 biji cili merah | cincang halus
  • 5 ulas cili padi | hiris halus
  • Garam dan garam | pelengkap rasa

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yg telah dibersih, kelar-kelar dan hiris.
  2. Panaskan air dlm periuk sehingga mendidih.
  3. Celur sotong seketika, angkat dan tos.
  4. Seterusnya campurkan sos cili Thai, jus limau nipis, hirisan cili padi, cili merah cincang garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sotong, hirisan tomato, nanas, laici dan daun ketumbar dlm mangkuk salad.
  6. Tuangkan campuran sos ke dlmnya dan gaul rata.
  7. Setelah sekata, kerabu sedia dihidangkan.

Komen anda

Loading...

Tags: #LAICI #Lauk #Olahan #Pauk #Resipi #Sedapnya…

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 5 Resipi Olahan Laici Dlm Lauk Pauk, Ehh Sedapnya."