Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa

Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa || Salam semua, entri lepas post pasal menu kerabu pauh, terlintas pulak nak tengok dah berapa menu kerabu yg post di blog. Emm rupanya tak banyak mana lagi ni. Nanti lah pelan -pelan akan di post apa lagi menu kerabu Kelantan yg unik ya. 🙂

LearnBtoBcookBgoodBfood. - Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa

Dalam 3- 4 hari ini entri utk menu – menu berbuka puasa dan biskut raya naik. Tak lama dah ni, tanda bulan ramadan tak lama lagi. Terima kasih buat pembaca yg tak jemu – jemu singgah di blog.

Kali ini buat entri khas utk menu kerabu walaupun entri tak adalah banyak mana. Buat sesiapa yg suka menu kerabu Kelantan blh lah cuba buat utk bulan puasa nanti. Buat utk menu seminggu sekali pun ok dah. Kalau yg bekerja nak rasa masak sedap sikit, mestilah pilih semasa hujung minggu.

Itu lah kadang – kadang nak masak juga menu yg sedap, tapi nak buat utk planning menu – menu semua ni bukan senang kan.

Kali ini ada 5 resepi menu kerabu Kelantan yg korang wajib cuba buat. Bagi kita lah dlm banyak menu kerabu semua ni, tak sah kalau bulan puasa tak buat menu kerabu kaki ayam. Ada siapa yg suka tak. hii.

Sedap woih,, buat ratah saja pun sedap. Ini lah kalau blh tak miss setiap kali bulan puasa. Yg kerabu kaki ayam sahaja bahan tak sama. Tapi tak apa, menu yg lain tu korang cuba ya. Bahan semua sama jer,, cuma watak utama tu bertukar lah. Post ini akan diedit dr semasa ke semasa sekiranya ada pertambahan utk menu kerabu. 🙂

19250128 10211820335178273 617486080 o - Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa

Resepi Kerabu Kaki Ayam Yg Sangat Mudah Dan Sedap

Bahan – bahan 

2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut ( tak letak )
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan
Sos tiram

Cara – Cara 
1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
2. Rebus sehingga empuk/ masak dgn sedikit garam. Toskan
3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dgn garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
6. Hidang segera

C360 2018 05 08 13 25 06 717 01B252812529 - Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa


Resepi Kerabu Nangka Mudah Dan Sedap 

Bahan – Bahan 

Nangka putik ( biasanya kalau beli di pasar, dah siap buang kulit )
2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya ( kalau blh santan segar, perahan pertama )
Garam dan gula secukupnya
Budu secukupnya

Cara – Cara

1. Nangka putik bersihkan dan potong dlm ketulan sederhana senang nak rebus nanti
2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia utk direbus sehingga empuk
3. Setelah empuk angkat dan toskan
4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus
5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan blh gaul rata
6. Jangan lupa perasakan dgn gula dan garam secukupnya
7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yg telah ditoskan, kalau macam ada lagi ketulan blh hiris lagi nipis
8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati, kemudian masukkan santan secukupnya, santan ni kalau nak berkuah sikit, blh lah masukkan banyak sikit.
9. Masukkan sedikit budu nak bagi bau dan rasa budu. Gaul sebati dah siap, blh hidangkan.

C360 2019 03 16 13 49 56 410 01 1 - Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa

Resepi Kerabu Kelantan Asli  || Kerabu Pauh Yg Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas

Bahan – Bahan

3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 tangkai lada burung dipotong serong
3/4 cawan santan  yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

Cara – Cara

1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( blh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yg dibuang tulang ke dlm bahan tumbuk dan tumbuk lagi sehingga lumat.
4. Dlm satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yg diparut dan gaul sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dgn gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yg dah dipotong.siap utk dihidangkan.

NOTA:

1. Utk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Utk kerabu yg lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau blh guna santan fresh yg diperah.

C360 2019 02 17 13 32 34 493 01 - Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap

Bahan – bahan

1 biji jantung pisang awak yg besar
1 1/2 cawan santan ( tengok keadaan kalau jantung pisang sederhana sikit, kurangkan santan )
2 ekor ikan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu teh
2 tangkai lada burung hiris
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 sudu besar bumbung  kelapa goreng ditumbuk utk dijadikan kerisik

Cara – cara

1. Jantung pisang dibuang kelopak luar beberapa helai dan hiris bulat. Hati – hati dgn getah jantung pisang. Nak buat alas lapik hiris dgn kertas surat khabar
2. Masukkan ke dlm periuk berisi air dan celur sehingga lembut
3. Sejatkan sehingga sejuk dan perah buang air. Ketepikan sekejap
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan juga isi ikan bakar sehingga lumat
5. Kerisik ditumbuk juga
6. Satukan bahan tumbuk dan juga kerisik, masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
7. Dlm mangkuk besar, satukan jantung pisang yg dah diperah dan juga bahan yg dah digaul rata
8. Gaul rata kemudian masukkan santan, kalau tak nak bagi nampak berair kerabu kurangkan santan
9. Masukkan lada burung dan perah jus limau nipis. Perasakan dgn gula dan garam sekiranya tak cukup rasa
10. Siap utk dihidangkan

20180714 133904 01 - Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yg Sedap Utk Juadah Berbuka Puasa

Resepi Kerabu Pucuk Paku Yg Mudah dan Sedap ( Kelantan Style ) 

Bahan – Bahan

2 ikat pucuk paku dicelur
2 ekor ikan bakar ambil isinya sahaja
Santan secukupnya ( Kalau guna santan pekat blh tambah air sikit
4 ulas bawang merah
sejemput biji lada hitam
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Budu secukupnya

Cara – Cara

1. Pucuk paku ambil batang dan daun yg lembut, rendam sekejap utk buang segala kotoran
2. Celur sekejap pucuk paku sampai lembut dan jangan lama sangat
3. Sejatkan atas penapis
4. Tumbuk bawang merah dan lada hitam, kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi biar lumat
5. Alihkan masuk dlm bekas, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata
6. Pucuk paku yg dah dicelur letak dlm bekas, kalau ada lebihan air tu hentak sikit penyejat bagi air lebihan keluar. Masukkan bahan campuran yg dah ditumbuk tadi
7. Gaul rata bersama pucuk paku, kemudian masukkan santan secukupnya, bagi nampak berkuah sikit tapi jangan banyak sangat
8. Masukkan 1 – 2 sudu besar budu dan gaul rata. Pastikan rasa dulu kerabu sebelum tambah budu jangan terlebih masin. Sedia utk dihidangkan

Nota : Nak lagi sedap tambah potongan cili api dan perah jus limau nipis.


Loading...

Tags: #Berbuka #Juadah #KELANTAN #Kerabu #MENU #Puasa #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.