Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap.

pai1 1 - Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap.

Anda suka pai yg berinti pedas, ini RASA kongsikan lima jenis pai yg sangat mudah disediakan dgn inti pedas, Memang kena  dgn tekak orang Malaysia yg suka pedas.  Risau tak pandai atau malas nak menguli tepung, beli je pastri puff segera, byk dijual di pasaraya. Korang cuma sediakan inti je.  Kalau ada sambal atau rendang lebih bagus jadikannya sbg inti, lagi jimat.

 pai4 - Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap.

PAI DAGING

BAHAN-BAHAN:

PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 180gm mentega | lembutkan
  • 80gm yoghurt
  • 1biji  kuning telur
  • Secubit garam

BAHAN A:

  • 300gm daging kisar
  • 1 sudu mkn tepung jagung
  • 2 batang saderi
  • 1 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam

BAHAN B:

  • 100gm kentang | potong dadu dan rebus
  • 150gm mix vegetables
  • 60 gram cendawan butang | hiris
  • 1 ulas bawang merah | hiris
  • 1 biji bawang besar | potong dadu

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali yoghurt.
  2. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh.
  4. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dlmnya.
  5. Simpan doh dlm peti ais selama satu jam.
  6. Sementara itu, panaskan kulai non stick, masukkan bahan A, kacau rata sehingga daging masak.
  7. Kemudian tutup api dan masukkan saderi dan gaul sebati. Ketepikan.
  8. Seterusnya, panaskan minyak dlm kuali.
  9. Tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi sebelum masukkan cendawan, mix vege dan kentang.
  10. Setelah semua bahan siap, panaskan ketuhar pd suhu200C.
  11. Canai kulit pai dan letak dlm acuan pai, kemudian masukkan inti daging tadi,
  12. Canai kulit pai utk tutup bekas pai. Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya meniadi pelakat pastri.
  13. Hiris lebihan kulit pai dan kelim pastri Sapu telur ke atas pastri pai.
  14. Bakar selama 20 minit atau sampai keperangan.
  15. Pai sedia dihidangkan.

pai2 - Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap.

PAI CHOWDER KUPANG DAN UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 keping daging bacon | dicincang halus dan goreng tanpa minyak
  • 1 sudu mkn mentega
  • 2 biji kentang | potong dadu dan direbus
  • 300ml stok ayam
  • 2 sudu mkn  susu UHT
  • 100gm kupang
  • 100gm udang | buang kulit
  • Kulit puff pastri segera
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega, tumis bawang merah dgn daging bacon sehingga naik bau.
  2. Masukkan kentang, stok ayam, susu dan kupang. Masak lebih kurang dua minit.
  3. Seterusnya tambahkan udang. Perasakan sedikit garam
  4. Tuang inti ke dlm mangkuk casserole bulat utk acuan pai, sapu telur di mulut mangkuk pai, tutup bekas dgn puff pastri.
  5. Sapu puff pastri dgn telur dan tabur serbuk parsli.
  6. Bakar 200C selama 20 minit.
  7. Pai sedia dihidangkan panas-panas.

pai3 - Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap.

PAI COTTAGE

BAHAN-BAHAN:

Kentang Lenyek:

  • 6 biji kentang | buang kulit dan rebus
  • 200 ml susu
  • 25gm mentega
  • 150gm keju cheddar
  • Sedikit garam dan lada sulah
  • Inti Pai :
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 200gm daging cincang
  • 2 batang saderi
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu mkn tepung gandum
  • 2 sudu mkn tomato puri
  • 100ml stok daging / 1 kiub daging
  • 3 sudu mkn sos Lea & Perrins
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu mkn minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk kentang lenyek masukkan mentega, susu, keju, garam dan lada sulah. Ketepikan,
  2. Sediakan inti: Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih sehingga wangi, kemudian masukkan daging cincang, kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan tepung gandum, tomato puri, sos lea &perrins, serbuk Thyme dan daun bay.
  4. Kacau rata dan perasakan dgn stok daging, garam dan daun saderi.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
  6. Masukkan inti pai di dlm mangkuk casserole kecil , kemudian tutup permukaan dgn adunan kentang tadi.
  7. Bakar dgn suhu 200C selama 15 minit.
  8. Setelah masak, pai sedia dihidangkan.

pai1 1 - Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap. 

PAI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ayam
  • 1 1/2 cawan susu
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • sedikit lobak mera dipotong dadu
  • 1 batang saderi dipotong
  • 1 biji bawang putih dihiris
  • 50 gm mentega
  • 50gm tepung gandum
  • 50gm keju parmesan
  • 1/2 cawan kacang pis
  • Puff Pastri segera

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan susu atas api sederhana, masukkan kiub ayam dan serbuk Thyme. Masukkan ayam dan masak 10 min. keluarkan dan carik ayam. ketepikan.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang besar bawang putih, lobak merah, saderi. Kacau rata.
  3. Seterusnya, masukkan tepung, lebihan air rebus ayam tadi. Masak sampai kuah hampir pekat.
  4. Kemudian masukkan keju, ayam yg dicarik dan kacang pis. Gaul sebati dan sejukkan inti.
  5. Letakkan inti dlm mangkuk casserole bulat kecil, sapu sedikit telur dimulut mangkuk casserole, kemudian tutup dgn puff pastri.
  6. Sapu telur atas permukaan puff dan bakar 180C selama 20 minit.
  7. Pai sedia di hidangkan.

pai5 - Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap.

PAI BAWANG DAN KEJU

BAHAN-BAHAN:

PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 180gm butter | lembut
  • 80gm yoghurt
  • 1 biji kuning telur
  • Secubit garam

INTI:

  • 1 biji kentang | potong dadu dan rebus
  • 2 biji bawang besar | hiris nipis
  • 1 sudu mkn  tepung gandum
  • 50ml susu penuh krim
  • 50 ml susu UHT cream
  • 150gm keju Cheddar
  • 1/2 sudu teh English Mustard
  • 1/2 sudu teh Cayenne pepper
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk inti: Masukkan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali yogurt. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Seterusnya tambahkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh. Jika terlalu lembut, tambah sedikit demi sedikit tepung ke dlmnya.
  3. Simpan doh dlm peti ais selama satu jam.
  4. Canai doh dan terap ke acuan pai. Bakar sebentar dgn suhu 180C selama 15 minit.
  5. Untuk inti: Rebus bawang besar sampái lembut. Kemudian tapis.
  6. Masukkan bawang dlm periuk, campurkan dgn susu penuh krim susu UHT dan tepung gandum, kacau rata di atas api sederhana.
  7. Seterusnya masukkan pula kentang, keju, mustard, serbuk cayenne, garam dan lada sulah. Kacau sehingga pekat.
  8. Tuang adunan ke dlm acuan pastri dan bakar dgn suhu 200C selama 20 minit.
  9. Setelah masak, pai sedia dihidangkan.

Komen anda


Loading...

Tags: #Inti #Kulit #PEDAS #RANGUP #sangat #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ini 5 Pai Kulit Rangup Inti Pedas, Sangat Sedap."