Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je.

siap 1 1 - Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je.

Malas nak berasap-rasap atau mengeluarkan ketuhar, korang blh juga bakar ikan guna kuali, tak ada masalah. Jangan takut ikan akan hangus atau lekat dan tak sedap mcm bakar guna pemanggang.  Ikut je petua yg RASA nak kongsikan ini. Ia mudah  dan paling penting ianya lebih sihat kerana rendah kalori jika dibandingkan dgn ikan yg digoreng.

kuali - Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je.

Guna Kuali Non Stick

Sekarang  ramai yg mempunyai kuali non stick atau kuali tak melekat, jadi manfaatkan kuali ini utk memanggang ikan.  Bila tidak melekat, ikan lebih mudah diterbalikkan dan kulit lembutnya juga tidak akan melekat pd permukaan kuali. Sbg cadang sebaiknya, guna kuali lebih lebar dr ikan.

0 - Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je.

Sapukan Kuali Dgn Sediki Minyak

Sapukan sedikit minyak , mentega atau margarin pd permukaan kuali, ia akan memberikan hasil ikan panggang akan lebih cantik, berkilat dan tanpa ada kesan kulit terkopek.  Anda juga blh sapukan sedikit mentega pd ikan , selain sbg penambah rasa, ia membantu melindungi kulit ikan dr terlalu kering atau hangus.

1 20 1 - Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je.

Guna Api Kecil

Pastikan anda guna api kecil kerana api besar tidak membantu ikan masak cepat  atau sempurna, sebaliknya ikan akan cepat hangus sedangkan isi dlm masih mentah. Sbg saranan, panaskan kuali dgn api sederhana, bila kuali sudah panas,  kecilkan api dan mulakan proses memanggang ikan.

Tos Ikan Sebelum Dipanggang

Apapun bahan perencah yg anda gaulkan dgn ikan yg ingin dibakar, anda  perlu toskan ikan sebelum sedia diletakkan dlm kuali, ini kerana ikan yg basah akan menyebabkan kalu lembab dan anda akan mengambil lebih masa uantuk memanggang.

 3 12 - Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je.

Terbalikan Ikan Bila Bahagian Bawah Sudah Masak

 Isi ikan adalah lembut ia mudah hancur jika kerap dibalik-balikkan. Oleh itu balikkan bila bahagian bawah sudah masak. Cara mudah utk memastikan ia masak atau tidak,  Angkat ikat menggunakan senduk. Jika belum masak letakkan semula dan bila masak terus terbalikkannya.Sebagai saranan , semasa proses memanggang jangan tinggalkannya atau bersambil kerja lain yg jauh dr  dapur, bimbang ikan akan hangus.

Senangkan, anda blh gunakan ikan kegemaran anda,  namun yg terbaik adalah menggunakan fillet ikan seperti salmon, tuna, siakap dan dori. Selamat mencuba!.

Komen anda


Loading...

Tags: #Cara #Guna #IKAN #Kuali #Panggang #Senang

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ini 5 Cara Panggang Ikan Guna Kuali, Senang Je."