Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

goreng 3 22 03 155597 1 -  Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

Orang Malaysia memang sinonim dgn  Nasi Goreng, sebab itulah  pelbagai menu nasi goreng yg sedap dan sesuai dgn selera tempatan tercipta. Sangat mudah disediakan dan sedap, campak-campak dan goreng, kurang dr lima minat siap. Tak percaya cuba  lima menu nasi goreng yg blh anda semua cuba.

 goreng2 22 06 198209 -  Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 100gm  sudu ikan bilis halus
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 biji cili padi | hiris halus
  • 1/2  batang lobak merah | dadu halus
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu mkn perencah Nasi Goreng Kampung
  • Garam secukup rasa
  •  Minyak masak utk menggoreng

BAHAN SAMPINGAN:

  • Keropok Nasi
  • Ikan bilis goreng
  • Telur dadar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dgn garam secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
  6. Hidangkan nasi goreng dgn telur dadar dan ikan bilis goreng.

goreng5 22 09 080948 -  Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

NASI GORENG TAHU DENGAN KACANG BUNCIS

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi
  • 100gm kacang buncis
  • 2 ketul tauhu | goreng sedikit
  • 4 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 3 sudu mkn udang kering | tumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 UNTUK HIASAN:

  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dlm kuali dan masukkan bawang merah yg telah dihiris dan tauhu yg telah dipotong dadu kecil. Masak sehingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  2. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
  3. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dgn garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

goreng4 22 07 647938 -  Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

NASI GORENG KOBOI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu mkn udang kering
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh serbuk ikan bilis
  • Sedikit garam
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak masak utk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur, asingkan putih dgn kuning telur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah yg telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
  3. Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
  4. Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.

goreng1 22 04 693754 -  Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

NASI GORENG INDONESIA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 4 biji telur
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 4 batang kacang buncis | potong kecil
  • 300gm isi dada ayam
  • 1 tangkai daun bawang | potong kecil
  •  2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu mkn kicap lemak manis
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh stok ayam
  • ½ sudu mkn udang kering
  • 1 sudu mkn bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, sehingga naik bau.
  2. Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
  3. Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap utk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.

goreng 3 22 03 155597 1 -  Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.

NASI GORENG KAMBING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu mkn pes cili
  • 1 sudu mkn kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya utk menumis

BAHAN PERAPAN KAMBING:

  • 150gm daging kambing | potong dadu kecil
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dgn daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis daging sehingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
  5. Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yg telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  6. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Loading...

Tags: #Cara #Carte #GORENG #ini. #Masak #MENU #Nasi #Paling #Sedap #Sempoi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply " Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap."