Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal.

Loading...

pisang 1 1 - Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal.

Pisang adalah buah yg baik utk kesihatan kerana pisang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dgn vitamin serta potassium. Oleh itu pisang blh dipelbagaikan  dibuat kuih muih, dessert dan juga kek yg sedap dan mudah disediakan, sebab itu ia sangat sesuai kalau korang jadikan  kudapan utk dijadikan menu pot luck atau bekal anak ke sekolah. Nak tahu apa sahaja menunya,  berikut RASA kongsi 4 resipi yg sungguh sedap.

kek pisang nagut - Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal.

NUGGET KEJU PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang berangan
  • 100gm tepung gandum
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1 biji telur
  • 3 sudu mkn susu pekat manis
  • 150gm keju parut
  • Secubit garam
  • Sedikit air

BAHAN LAPISAN NUGGET:

  • 3 sudu mkn tepungi jagung
  • 3sudu mkn tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Lenyekkan pisang sehingga lumat. Ketepikan
  2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
  3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
  4. Masukkan pisang yg telah dilenyek, kacau.
  5. Tambahkan keju dan kacau rata.
  6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yg diingini.
  7. Masukkan dlm loyang, kemudian kukus dlm pengukus yg telah dipanaskan.
  8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
  9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
  10. Bancuh tepung jagung sedikit cair.
  11. Panaskan minyak dlm kuali.
  12. Celupkan nugget dlm bancuah tepung jagung tadi kemudian gaulkan dlm bekas serbuk roti.
  13. Goreng atas api sederhana sehingga kekuningan.
  14. Angkat dan sedia dihidangkan

 mufin pisang - Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal.

MUFFIN OAT PISANG COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji pisang | lenyek sehingga halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan oat
  • 1/2 cawan choklat chip
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • Secubit garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pd suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda, serbuk baking powder dan secubit garam.
  3. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan minyak jagung, pisang yg dileceh dan esen vanilla. Kacau rata sehingga sebati.
  5. Masukkan bahan tepung dlm mangkuk campuran pisang, sambil kacau rata.
  6. Campurkan coklat cip, kaup balik.
  7. Susun cawan kertas, dan suduk adunan dlmnya 3/4 cawan. Taburkan coklat cip di atasnya.
  8. Bakar lebih kurang 15-18 minit.
  9. Setelah masak, keluarkan dr ketuhar.
  10. Setelah sejuk blhlah dihidangkan.

kek pisang 2 - Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal.

KEK PISANG BADAM COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang berangan | lecek
  • 1 cawan gula perang
  • 150gm badam cincang | goreng sangai
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN AYAK BERSAMA:

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN COKLAT:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu mkn mentega
  • 1/2 cawan air suam
  • Secubit garam

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhara pd suhu 18oC api atas bawah.
  2. Sediakan loyang pembakar. Kemudian lenser dgn mentega dan alas kertas minyak.
  3. Kisar gula, telur, minyak di dlm ‘blender’ sehingga putih(3-5 minit).
  4. Tuang ke dlm mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dgn senduk.
  5. Masukkan pisang, esen pisang dan vanilla. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dlm loyang.
  7. Bakar di dlm ketuhar selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  8. Setelah kek masak, sejukkan.
  9. Sediakan sos coklat. Masukkan dlm periuk semua bahan sos.
  10. Kacau rata, sehingga sebati dan berwap. Tutup api.
  11. Tuangkan atas kek coklat, kemudian taburkan badam cincang yg telah disangai.
  12. Sejukkan seketika dlm peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.

pisang 1 1 - Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal.

APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan pisang | lenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 minyak jagung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 2 biji pisang | hiris bulat utk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarabonat.
  2. Masukkan pisang lenyek, gula dan secubit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula minyak, gaul rata lagi.
  4. Sudukan adunan dlm acuan. Hias di atasnya dgn hirisan pisang.
  5. Kukus selama 15 minit dlm kukus yg telah sedia dipanaskan sebelumnya.
  6. Setelah sejuk, ia sedia dihidangkan.

Komen anda

Loading...

Tags: #Bekal #berasaskan #Luck #MENU #Pisang Sesuai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Utk Pot Luck & Bekal."