Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  

Loading...

ikan tongkol 1 - Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  

Sebut je sambal cili padi tidak kiralah utk apa masakan yg memang terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dgn apa jenis ikan. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan  sbg hidangan pemikat selera. Tak percaya kena cuba.

 kerisi - Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  

KERISI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak utk menggoreng dan menumis
  • 20 biji cili padi | hiris

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan kerisi yg telah dibersihkan dgn garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit utk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
  6. Akhir sekali perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
  8. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

ikan selar - Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  

SAMBAL  KERING IKAN SELAR

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 15 biji cili padi
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan  ayam dgn  garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
  4. Tumikan bahan kisar sehingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
  5. Kacau rata dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
  7. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

 ikan tongkol 1 - Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  

IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ketul ikan tongkol yg telah direbus

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

CAR MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit utk menumis.
  3. Tumis bahan kisar kasar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yg telah digoreng tadi.
  6. Gaul rata dan tutup api.
  7. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.

ikan bilis - Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  

IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih titik
  • 2 biji  cili merah
  • 8 biji cili padi
  • Sedikit gula
  • Garam jika perlu
  • Minyak masak secukupnya | utk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
  3. Tumis sehingga wangi dan layu.
  4. Masukkan ikan masin. Kacau rata.
  5. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Loading...

Tags: #Cili #CUKUP #Gerenti #IKAN #JENIS #Padi #Sambal #Sedap #Sepinggan #Terlajar

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap, Gerenti Mkn Tak Cukup Sepinggan.  "