
Siapa yg suka mkn jering, mesti ramaikan? Ulaman yg kuat baunya ini sebenarnya bukan sekadar ulam, tetapi blh dipelbagaikan jenis masakan dgn rasa yg sedap. Malahan jering juga kaya dgn kandungan nutrisi seperti Vitamin A, B, C , zat besi protein dan byk lagi kebaikannya. Sayangnya di sebalik rasa sedap itu, bau jering agak kuat menyebabkan ramai tidak menyukainya. Jangan risau masalah bau blh ditangani kalau korang ikut petua ini:-
Pilih Jering Tua
Untuk tujuan masak, Korang kena pilih jering tua, yg muda hanya sesuai utk ulam. Pastikan juga jering tua yg korang pilih tu, tidak busuk atau ada tanda berlubang-lubang.
Rendam
Sebelum dimasak, jering hendaklah direndam terlebih dahulu sekurang-kurangnya enam jam. Atau paling baik, semalam sebelum sedia dimasak. Cara ini membantu mengurangkan bau kuat pd jering. Cara rendaman, korang blh guna air ais atau campuran air kapur.
Rebus
Selepas direndam, jika masih kuat lagi baunya, korang blh rebus pula dgn daun limau purut atau jambu batu sehingga empuk. Cara ini dijamin blh hilangkan bau jering yg kuat, juga kurangkan kandungan racun dlm jering, tetapi jangan rebus terlalu lama.
Memasak
Sebelum jering dimasak dgn menu kesukaan, korang blh empukkannya dgn cara ketuk atau hiris nipis jering yg telah direndam atau rebus tadi. Tujuananya supaya bahan tumisan meresap masuk dan sebati dgn jering.
Dah baca? Senangkan, lps ni korang blh mkn jering yg sedap ini tanpa rasa risau akan baunya yg kurang menyenangkan ini.
Komen anda
Tags: #Cara #Cepat #Empuk #Jering #kurang #Masak #Paling #penting