Ini 3 Menu Tengahari Yg Sedap, Sesuai Utk Yg Nak Diet.

AYAM PANGGANG 1 - Ini 3 Menu Tengahari Yg Sedap, Sesuai Utk Yg Nak Diet.

Siapa kata menu sihat tak sedap?  Set tiga menu ini buktinya, ia bukan hanya sedap dan sihat tapi sangat senang disediakan, sesuai sangat dgn mak-mak yg sibuk sekarang ni. Tapi  tak tau resipinya, jangan bimbang RASA kongsikan di sini.

 BENDI - Ini 3 Menu Tengahari Yg Sedap, Sesuai Utk Yg Nak Diet.

BENDI KUKUS SAMBAL BELACAN 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang kacang bendi
  • Sedikit garam
  • Air

BAHAN SAMBAL:

  • 10 -15 cili padi
  • 5 batang cili merah
  • 10 cm belacan bakar
  • 2 – 4 biji limau kasturi
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 100ml air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

 CARA MEMASAK:

  1. Kacang bendi dan garam dikukus selama 3 minit dan direndam ke dlm ais sejuk.
  2. Tos dan Ketepikan.
  3. Untuk menyediakan sambal belacan: Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar digoreng dgn minyak yg sedikit sahaja.
  4. Kemudian, ditumbuk bersama air perahan limau kasturi dan ditambah air asam jawa.
  5. Akhir sekali, tambah dgn garam secukup rasa dan gula.
  6. Hidangkan bersama kacang bendi yg sudah dikukus tadi.

KETAM - Ini 3 Menu Tengahari Yg Sedap, Sesuai Utk Yg Nak Diet.

KETAM KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ketam | bersihkan
  • 500gm isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji cili bengala merah
  • 1 biji cili benggala hijau
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
  3. Seterusnya, semua bahan yg dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dgn telur dan digaul kesemuanya sebati.
  4. Letak bahan yg telah digaul ke dlm kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

AYAM PANGGANG 1 - Ini 3 Menu Tengahari Yg Sedap, Sesuai Utk Yg Nak Diet.

AYAM POP

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam sederhana besar
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • 200 ml minyak masak
  • Garam secukupnya
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak utk menggoreng

BAHAN UNTUK SAMBAL:

  • 1 biji tomato   | buang biji dan hiris
  • 3cm belacan
  • 50ml air
  • 7 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji limau kasturi  | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar.
  3. Kemudian diperap bersama bahan yg dikisar selama 30 minit.
  4. Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yg telah diperap.
  5. Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
  6. Masukkan ke dlm pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
  7. Kisar sehingga lumat.
  8. Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.

Komen anda

Loading...

Tags: #DIET #MENU #Sedap #Sesuai #Tengahari

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 3 Menu Tengahari Yg Sedap, Sesuai Utk Yg Nak Diet."