Ini 3 Jenis Tekstur Cookies, Mana Satu Jadi Pilihan Korang.

cookies top 1 - Ini 3 Jenis Tekstur Cookies, Mana Satu Jadi Pilihan Korang.

Tahukah  anda bahawa cookies yg bermacam jenis dan rasa sebenarnya ia terbahagi kepada tiga jenis tekstur yg berbeza. Tiga tekstur itu adalah soft anda chewy (lembut dan sedikit liat),  thin and crispy (nipis dan rangup) dan light and cakey (lembut dan tekstur seperti kek). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenainya, anda blh baca info berikut:-

lembut dan liat - Ini 3 Jenis Tekstur Cookies, Mana Satu Jadi Pilihan Korang.

Soft & Chewy

Cookies jenis ini, teksturnya lembut tetapi sedikit liat, tetapi ia bukan ‘Lemau’  seperti sesetengah sangaan orang ye. Tekstur yg sedikit  chewy atau liat itu disebabkan oleh pengembangan glutien dlm adunan. Kalau korang suka tekstur sedemikian,   ini cara utk mendapat tekstur sedemikian:-

  • Banyakkan kadar cecair dlm adunan dgn mencairkan mentega. Rahsia tekstur chewy adalah kelembapan dan mentega mengandungi kandungan air sebanyak 20 %. Jika ia dicairkan membantu adunan menjadi lembab, selain dilembabkan oleh susu dan air.
  • Lebihkan gula perang kerana kandungan ini menjadikan cookies lebih chewy, disebabkan kandungan molase di dlm gula perang.
  • Kurangkan tepung dan putih telur, dan lebihkan sebiji kuning telur dlm setiap kali memasukkan sebiji telur. Ini kerana kuning telur mengandungi protein tinggu yg maampu mencipta glutien.

 kurus dan nipis - Ini 3 Jenis Tekstur Cookies, Mana Satu Jadi Pilihan Korang.

Thin & Crispy

Tekstor cookies yg nipis dan rangup ini biasanya akan dibakar sehingga bertukar warna kecoklatana. Namun utk mendapatkan tekstur sedemikian ini infonya:

  • Lebihkan mentega, inilah yg menjadikan cookies menjadi rangup. Anda disarankan menggunakan mentega berwarna kuning berbanding mentega putih atau menggunakan margarin mengandungi protein tinggi bg memudahkan proses garing dan rangup.
  • Lebihkan gula, sama seperti mentega rasa fungsinya utk merangupkan cookies. Disarankan anda menggunakan dua jenis gula (perah dan putih) dgn nisbah sama byk.
  • Kurangkan telur terutama kuningnya. Ia akan menjadikan cookies lebih rangup dan nipis.
  • Campurkan semua bahan cookies dlm suhu bilik supaya bahan  diadun rata, sekata dan tidak mudah pecah.

lembut gebu - Ini 3 Jenis Tekstur Cookies, Mana Satu Jadi Pilihan Korang.

 Light & Cakey

Cookies  jenis ini  adalah lembut teksturnya dan sedikit tebal.  Jadi adunannya juga agak lembut dan sebab itu ia menggunakan skop ais krim sbg acuan utk meletakkannya dlm dulang pembakar. Namun utk mendapatkan tekstur lembut dan tebal  sebegini, korang blh ikut tip berikut:

  • Lebihkan telur, kuinng telur memberikan rasa dan putih telur membantukan tekstur lebih kering dan fuffy. Namun pastikan jumlah telur yg digunakan, kerana jika terlebih telur cookies mungkin rasa telur.
  • Tukar baking soda dgn baking powder utk menjadikan cookies lebih mengembang.

Dari ketiga-tiga tekstur ini mana satu pilihan korang.

Komen anda

Loading...

Tags: #Cookies #JADI #JENIS #Korang #Mana #Pilihan #Satu #Tekstur

author
Author: 
    Mee Goreng Basah
    Sebelum masuk bab mee basah, saya nak bercerita aktiviti kesukaan saya kebelakangan ini. Setelah
    Telur Masak Kicap
    Telur Masak KicapBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan6 biji telur grade D atau
    Daging Kicap Bawang Goreng
    Daging Kicap Bawang GorengBy Kak Wan @ ResipicitarasawanSumber :  Pn Surianti @ Jendela
    Buat Sendiri Puding Mangga, Anak-Anak Pun Suka
    Sesekali jom buat puding mangga utk dihidang pd keluarga. Elok juga buat puding

    Leave a reply "Ini 3 Jenis Tekstur Cookies, Mana Satu Jadi Pilihan Korang."