Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap, Memang Sedap & Ringkas.

ayam serunding cili padi 1 - Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap, Memang Sedap & Ringkas.

Di hari-hari bekerja menu kalau blh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan blh membuka selera.   Pilihan terbaik adalah menu yg bergoreng atau bertumis yg blh dihidangakan segera dan dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau pedas sedikit.  Satu lauk pun sudah cukup. Tak percaya korang cuba tiga menu ayam yg ringkas ini tapi hasilnya terbaik.

 ayam kicat serai - Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap, Memang Sedap & Ringkas.

AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil
  • 2 sudu mkn kicap pekat
  • 1 sudu mkn kicap manis
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu mkn air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | utk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dgn sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Kecilkan api perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah secukup rasa, tutup api.
  10. Ayam kicap sedia dihidangkan.

ayam serunding cili padi 1 - Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap, Memang Sedap & Ringkas.

AYAM SERUNDING SERBUK ROTI

BAHAN-BAHAN:

  •  1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu mkn mentega
  • 1 sudu mkn minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dlm kuali.
  3. Sementara itu, gaulkan ayam dgn tepung yg dicampurkan dgn garam dan lada sulah.
  4. Goreng ayam sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi sehingga kekuning.
  6. Tambahkan dgn serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, kacau sehingga serbuk roti bertukar keperangan.
  8. Masukkan ayam dan tutup api.
  9. Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.

ayam madu - Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap, Memang Sedap & Ringkas.

AYAM MADU CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 150gm biji gajus
  • 2 sudu mkn madu
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
  • 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dgn sediki garam dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula buah gajus sehingga kekuningan diikuti dgn cili kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit utk menumis.
  5. Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  6. Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
  8. Perasakan dgn garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Komen anda


Loading...

Tags: #Ayam #Cara #Masak #Memang #MINIT #Ringkas #Sedap #Siap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap, Memang Sedap & Ringkas."