Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.

siap kek 22 32 277124 1 - Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.

Tak tau nak buat apa hujung minggu? Jom kita baking buat dua jenis Red Velvet blh juga buat hidangan minum petang. Tak pun blh dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah saudara mara atau rakan. Anak-anak yg suka red velvet gerenti tak habis memuji. Ok, selamat mencuba.

kek 22 15 056252 - Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.

SWISS ROLL RED VELVET CAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mix sponge cake
  • 100gm susu UHT
  • 100gm minyak masak
  • 10gm serbuk penaik
  • 10gm cuka
  • 8 biji telur
  • 3 sudu teh pewarna merah

BAHAN UNTUK TOPPING:

  • 500gm krim segar

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat topping; putar krim segar sehingga kembang dua kali ganda. Ketepikan.
  2. Putar mix sponge cake bersama telur dan putar sehingga kembang selama lapan minit menggunakan ‘high speed’.
  3. Campurkan pewarna merah bersama susu UHT dan kacau sehingga sebati dgn menggunakan ‘low speed’. Kemudian masukkan ke dlm adunan yg telah diputar tadi.
  4. Campurkan cuka bersama soda dan masukkan sekali ke dlm adunan tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan minyak masak ke dlm adunan dgn menggunakan ‘low speed’.
  6. Setelah adunan telah siap diputar, masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 12 x 17.
  7. Bakar pd susu 180C selama 15 minit. Keluarkan.
  8. Sapukan krim tadi pd permukaan kek yg telah siap dibakar dan gulung.
  9. Sedia dihidangkan.

cupcake 22 13 520140 - Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.

RED VELVET CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:

  • 230gm mentega
  • 600gm gula
  • 500gm tepung kek
  • 480gm susu UHT
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 4 sudu teh serbuk koko
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh pewarna
  • 2 sudu teh cuka
  • 2 sudu teh baking soda

BAHAN UNTUK TOPPING:

  • 500gm krim keju
  • 100gm gula ising
  • 100gm krim putar
  • 10 keping oreo  | hancurkan

BAHAN HIASAN:

  • Oreo secukupnya
  • Kepingan coklat secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Campurkan esen vanila bersama telur dan masukkan ke dlm adunan yg diputar tadi.
  3. Satukan dan ayak semua bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan garam.
  4. Setelah adunan sebati, masukkan bahan yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  5. Campurkan pewarna ke dlm susu UHT. Kemudian masukkan ke dlm adunan yg diputar sedikit demi sedikit.
  6. Campurkan baking soda bersama cuka dan masukkan ke dlm adunan.
  7. Setelah adunan siap, masukkan adunan ke dlm cawan kertas sebanyak ½ adunan. Bakar pd susu 150C selama 10-15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
  8. Untuk membuat topping; Putar gula ising dan krim keju sehingga kembang.
  9. Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang dua kali ganda. Masukkan oreo yg telah pun dihancurkan.
  10. Masukkan ke dlm piping bag dan paipkan di bahagian atas kek, menggunakan nozzle berbentuk bintang. Hiaskan dgn kepingan coklat dan oreo utk lebih menarik.
  11. Sedia dinikmati.
Loading...

Tags: #Buat #JENIS #Uolls. #Velvet

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls."