Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

Loading...

kerabu3 1 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

Kerabu hidangan pembuka selera  dengan rasa  masa, pedas dan sedikit manis, Ia memang sedap, dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar-segar  sehinggakan mkn begitu sahaja juga sedap.  Jangan lpskan peluang mencuba salah satu dr 10 resipi kerabu yg Rasa sharekan ini.

kerabu 7 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU BETIK MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik muda  |  sagat dan celur
  • 2 biji cili merah  |  mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 2 batang serai muda  |  mayang halus
  • 1 sudu mkn perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kacang tanah panggang cincang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dlm mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dgn menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.

kerabu 8 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU CAMPURAN KEKACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang kacang botol | hiris halus
  • 5 batang kacang buncis  | hiris halus
  • 5 batang kacang panjang | hiris halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 3 sudu mkn kelapa parut (putihnya sahaja)
  • 2 sudu mkn kerisik
  • 2 sudu mkn ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
  • ½ biji limau nipis | perah airnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
  2. Di dlm mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
  3. Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
  4. Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dgn menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.

kerabu 6 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU DAGING LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 3 helai daun limau purut |  hiris halus
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging direbus empuk dan hiris nipis.
  2. Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dlm mangkuk.
  3. Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa.
  5. Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.

kerabu3 1 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU JANTUNG PISANG KERISIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 biji jantung pisang  | rebus empuk dan hiris
  • 2 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 sudu mkn kerisik
  • ½ sudu mkn air asam
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dlm mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dgn menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Jika suka blh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.

kerabu 4 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU SOTONG SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | potong kecil dan celur
  • 1 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah |mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu mkn cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu mkn air perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dlm mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dgn menambah garam dan gula secukup rasa.

kerabu 5 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU SUHUN KACANG GAJUS

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm suhun | rendam dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu mkn perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
  • Bijan hitam panggang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dlm mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dgn menambah garam dan gula secukup rasa.

Untitled design 46 1 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU TAUGE  KASAR DAN SOTONG KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tauge kasar
  • 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam  dan  goreng
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang kacang panjang | hiris nipis
  • 2 biji cili merah |hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 1 sudu mkn kelapa parut | panggang
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
  2. Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dlm mangkuk.
  3. Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa.
  5. Tambah perahan limau kasturi dan gaul.  Sedia dihidangkan.

Untitled design 55 1 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU TAUHU UDANG KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tauhu
  • 3 sudu mkn udang kering
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 1 sudu mkn kelapa panggang
  • ½ sudu mkn air perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.
  2. Satukan semua bahan di dlm mangkuk.
  3. Gaul sebati kesemuanya.
  4. Sesuaikan rasa dgn menambah garam dan gula secukup rasa.

kerabu 1 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU TOMATO BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 biji tomato merah | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
  2. Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dlm mangkuk.
  3. Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa.
  5. Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.

kerabu9 - Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti.

KERABU UDANG SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang segar | kupas dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu mkn perahan lemon
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan daun ketumbar secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dlm mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dgn menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Jika suka blh tabur bawang goreng di atasnya.
Loading...

Tags: #Buat #Bulan #Idea #Kerabu #NANTI.. #Puasa #Sedap #Simple

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini 10 Idea Buat Kerabu Simple, Sedap Buat Bulan Puasa Nanti."