IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

IKANBSIAKAPBKUKUS - IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Assalam buat semua..
Ikan Siakap ini dr pemberian seorang kawan baik,Nik Rosli yg suka memancing.
Ikannya bersaiz agak besar dan tak muat periuk kukus
Jadi saya potong dua dan di letak melintang begini barulah muat periuk kukus.
Kali ini saya masak salah satu resepi ikan kukus.
Kuah perasa tomyam yg sedap juga.
Let’s try masak

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar minyak masak
100 ml air atau lebih
1 kiub stok Tom Yam Maggi
3-4 helai daun limau purut-di carik
1 sudu besar gula/saya ganti dgn 3 biji asam boi
2 sudu besar jus limau nipis

Bahan kisar
2 biji cili merah-buang biji
2 tangkai cili kering-buang biji rendam air suam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan utk kukus
2 batang serai-ketuk
3 cm lengkuas-ketuk
2 biji tomato-potong
1 biji bawang besar-hiris nipis
1/2 batang karot-hiris halus

 Hiasan
2-3 biji cili pading potong
hirisan limau nipis/lemon
daun ketumbar siam

 Cara membuatnya

  • Perap Ikan Siakap dgn Maggi cukup rasa selama 30 minit-1 jam.
  • Di atas kuali,tuang satu sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar bersama daun limau purut sehingga naik baunya.
  • Tuangkan air secukupnya dan masukkan lengkuas,serai,kiub pati Tom Yam.
  • Letak gula/asam boi,jus limau nipis,hirisan karot,bawang besar,tomato dan tambahkan maggi cukup rasa jika mahu.Tutup api.
  • Letak Ikan Siakap di dlm bekas tahan panas dan kukus dgn suhu tinggi selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.
  • Akhir sekali,taburkan hirisan lemon,cili padi potong dan daun ketumbar siam di atas hidangan.
  • Hidangkan.


Loading...

Tags: #IKAN #Kukus #Siakap #Tomyam

author
Author: 
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa

    Leave a reply "IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM"