IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG

Assalamualaikum, 

Hari ini perkongsian lauk kampung sehari-hari yg simple tapi sedap dan sentiasa menjadi pilihan saya sekeluarga iaitu ikan selar masak lemak cili api kampung. Sebenarnya cara memasak sama je dgn masak lemak ciliapi biasa style nogori yg tak letak bawang-bawang tu. Cukup sekadar santan, kunyit hidup, serai, ciliapi dan belimbing buluh. Itupun dah sedap sangat dan secukup rasa. Oh ya kalau tak ada belimbing buluh, blh juga gantikan dgn asam keping.   

Cuma yg agak spesial ikan selar masak lemak cili kampung ni saya guna cili kampung yg saya tanam sendiri dibelakang rumah. Begitu juga dgn belimbing buluh dan kunyit hidup, saya ambil dr rumah ibu. Simple kan lauk kampung macam ni, tak guna banyak bahan tetapi tetap membuka selera.

Jom kita lihat resipi ikan selar masak lemak cili kampung dan step-step yg saya sediakan dibawah ini 🙂 
IkanBSelarBmasakBlemakBciliapi - IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG
IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG 
Bahan-bahan 
5 ekor ikan selar kuning  
6 biji belimbing buluh – dibelah tengah tak putus
15 biji cili kampung (boleh guna cilipadi biasa tapi dikurang atau lebihkan ikut kepedasan cili tersebut) 
1 inci kunyit hidup 
1 cawan santan pekat 
2 cawan santan cair 
2 batang serai – diketuk 
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

1. Campurkan bahan kisar, santan cair dan serai kedalam periuk.
IkanBselarBmasakBlemakBciliBkampungB1 - IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG

2. Masak dgn api sederhana dan sentiasa dikacau agar santan tak pecah minyak dan masukkan ikan selar kuning.
IkanBselarBmasakBlemakBciliBkampungB2 - IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG

3. Masukkan pula belimbing buluh kedalam periuk.
IkanBselarBmasakBlemakBciliBkampungB4 - IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG
4. Setelah itu masukkan santan pekat dan renih sehingga kuah benar-benar masak.
IkanBselarBmasakBlemakBciliBkampungB3 - IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG

5. Akhir sekali perasakan dgn garam dan gula secukupnya dan blhlah matikan api dapur serta hidangkan dgn nasi putih.


Loading...

Tags: #Cili #IKAN #Kampung. #Lemak #Masak #SELAR

author
Author: 
    Cara memasak samyang ramen masak mie samyang pedas
    Karena tidak ada cara memasak mie samyang dibalakang bungkus, maka kali ini iseng-iseng
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide

    Leave a reply "IKAN SELAR MASAK LEMAK CILI KAMPUNG"