
Assalam buat semua..
Hari kedua Ramadhan.
Resepi asal menggunakan Ikan Siakap tetapi cuma ada Ikan patin sahaja dlm peti sejuk.
Saya buat jugalah sebab dah nak mkn sangat.
Ia adalah sejenis masakan Asam Pedas siam yg mempunyai rasa masam,manis dan pedas.
Let’s try masak
IKAN PATIN KENGSOM
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
2 asam keping
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji nenas masak
1 ikat kangkung
2 batang serai-di ketuk
garam secukup rasa
Bahan kisar
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas
sedikit belacan
Cara membuatnya
- Masukkan bahan kisar.air asam jawa,asam keping dan air secukupnya ke dlm periuk.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan nenas dan serai.Masak sehingga mendidih seketika.
- Masukkan ikan.
- Setelah ikan masak,masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yg rangup.
- Sedia utk di hidangkan.