Ikan Masak Taucu

ikan masak taucu 1 - Ikan Masak Taucu Ikan masak taucu, resepi yg mudah utk disediakan…

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun blh guna seperti kembung, bawal dll)
2 sudu besar atau secukupnya taucu
Air asam jawa secukupnya
1 batang karot ~ potong kecil
1 batang timun ~ potong kecil
1/2 biji lada benggala ~ potong kecil
Serbuk kunyit
Garam dan gula
Air
Minyak.

Bahan hiris/mayam:

3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar(boleh kurangkan)
1/2 inci halia
5 biji atau lebih cili api.

Cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan, gaul dgn garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah, halia dan cili api sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula(jika tidak masin blhlah tambah garam/taucu). Biarkan mendidih dan rasakan masin, masam dan manis secukupnya. Kuah bergantung pd citarasa.
4. Masukkan carrot, lada benggala dan timun, kacau rata.
5. Biarkan pekat sikit dan blh tuangkan atas ikan tadi.


Loading...

Tags: #IKAN #Masak #TAUCU

author
Author: 
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    NASI GORENG ALA RESTORAN mantapp
    NASI GORENG ALA RESTORAN Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Resepi Apam Nasi
    Banyak dah buat resepi2 moden sebelum ni. Kali ni sy nk share resepi
    Pulut Kuning | Cara Buat Pulut Kuning | Resepi Pulut Kuning (MESTI CUBA!!)
    Pulut kuning merupakan menu tradisi rakyat Malaysia. Kebiasaanya menjadi pelengkap majlis-majlis keraian seperti

    Leave a reply "Ikan Masak Taucu"