Ikan Cencaru Sumbat Sambal

IMG 6278 1 - Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Sebelum kita masuk bab resepi ikan cencaru sumbat sambal, meh kita bercerita cerita dulu. Saya kalau stress sangat suka bershopping. Siapa yg ada perangai macam saya? Hahaha. Bahayanya jika stress jangan pergi window shopping. Sebabnya kita akan jadi terbeli. Tapi sekarang ini, tak perlu pergi shopping complex, semua ada dihujung jari. Berada seorang diri di bilik pun, saya blh shopping.

Walaupun saya menpunyai duit sendiri, tapi saya sangat berhati hati dlm berbelanja terutama utk diri sendiri. Saya akan sabar dan sanggup menunggu. Ada antaranya saya beli selepas dua atau tiga thn berfikir samada hendak beli atau tidak. Ada ketika, saya terpaksa pejam mata utk beli. Maklum duit sendiri hasil dr titik peluh sendiri. Saya tidak mahu membazir dan menyesal di kemudian hari.

Keadaan berbeza jika saya membeli utk famili. Saya akan lebih mudah mengeluarkan duit asalkan mereka happy dan bahagia. Itulah yg saya katakan bahawa hidup saya umpama lilin. Saya ingin melihat mereka gembira.  

Ikan cencaru sumbat sambal adalah antara lauk kegemaran saya. Tak kiralah samada cencaru sumbat sambal atau cencaru sumbat kelapa. Blh click di SINI utk ikan cencaru sumbat sambal kelapa. Kalau sekali sekala saya keluar mkn tengahari di pejabat, saya akan memilih lauk ikan cencaru sumbat, pjaeri nenas dan telur masin. Ini lah lauknya yg tak bertukar tukar. Tapi saya sangat jarang keluar mkn tengahari sepanjang saya bekerja walaupun pejabat saya berada di tengah tengah pusat bandar. 

Membuat sambal utk disumbat ini umpama sambal belacan sahaja, cuma saya tak letak belacan kerana alahan dgn belacan. Jika suka, blhlah diletak belacan. Jadi kalau sambal dlm perut ikan tu, tak perlulah masak sepenuhnya. Atau blh juga sambal dimasak terlebih dahulu sebelum disumbat dlm ikan. Blh click di SINI.

Semuanya ikut citarasa masing masing. Saya tidak tetap dgn satu cara sahaja. Saya memasak ikut gerak hati, kalau rasa nak masak dulu sambal, saya masak dulu. Tapi saya suka jika sambal disumbat terus ke dlm ikan.  Blh click entri lepas di SINI.

Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini. Resepi mudah mudah dan diharapkan ianya dapat membantu adik adik dan anak anak yg baru berjinak jinak dgn dapur. Selamat mencuba…

IMG 6279 - Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan cencaru – belah belakang
Serbuk kunyit – opsyenal
Garam

Bahan kisar:
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang merah
Sedikit air asam jawa pekat
Garam 
Gula

Cara cara:
Ikan dilumur dgn garam dan serbuk kunyit.

Kisar kasar bahan kisar tanpa air. Sesuaikan rasa, Sumbatkan sambal ke dlm perut ikan.
IMG 6251 - Ikan Cencaru Sumbat Sambal

IMG 6266 - Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak di kedua dua permukaan ikan. Angkat dan sedia utk dihidangkan.
IMG 6269 - Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Loading...

Tags: #Cencaru #IKAN #Sambal #SUMBAT

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ikan Cencaru Sumbat Sambal"