> ikan bawal masak sos. masakan orang malas

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hehe. tajuk tak over kan. saja nak letak gambar ikan bawal masak sos ni. ini masakan entah bila punya. masak paling simple. sesuai masa sikap malas datang. pun blh dijadikan panduan utk adik-adik yg baru kahwin dan tak berapa nak reti masak. hahaha. macam aku dulu-dulu. tapi sekarang pun bukannya terer sangat masak tapi dah ade improvement sikit la. amaran utk pakar-pakar masak jangan gelak tengok masakan aku ni ye. hehe.

masak ni memang semata-mata guna sos cili je. aku guna sos cili maggi. memang takde pakai cili boh pun. tapi kalau nak tambah blh je, pedas la sikit kan. kalau nak lagi sedap blh tambah nanas atau tomato. bab masak lauk pauk ni tak sama macam masak kek. masak kek sukatan kena tepat. tapi lauk pauk ni ikut atas citarasa kita. bahan pun main agak-agak je.

DSC01341 thumb8 - > ikan bawal masak sos. masakan orang malas

resepi ikan bawal masak sos.

Bahan-bahan:

  • ikan bawal
  • sos cili
  • bawang putih – hiris
  • bawang merah – hiris
  • bawang besar – hiris
  • halia – hiris
  • garam
  • gula
  • asam keping

cara-cara:

  1. Goreng ikan, angkat dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali.
  3. tumis bahan yg diris sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan sos cili, air dan asam keping. biarkan mendidih.
  5. perasakan dgn garam dan gula.
  6. Masukkan ikan bawal yg telah digoreng.
  7. Ratakan kuah pd ikan. Biarkan sementara.
  8. Siap masak, tutup api dan sedia utk dihidangkan.

Loading...

Tags: #BAWAL #IKAN #Malas #Masak #Masakan #Orang #sos.

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "> ikan bawal masak sos. masakan orang malas"