IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

IKANBBAWALBMASAMBMANIS - IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Asalam buat semua..
Saya masih ingat dulu semasa di tingkatan 3..
Cikgu Sains Rumah Tangga(sekarang ERT) mengajar resepi Ikan Masak Masam Manis.
Sampai sekarang saya masih buat masakan ini 
Walaupun sudah berpuluh thn berlalu..
Dah macam-macam saya derhaka pd resepi asas tu dulu..
Let’s try buat

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahan
1ekor ikan bawal saiz besar
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos Mae phranom
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 susu besar gula perang

Kesemua bahan ini di campurkan dgn 1 cawan air 
Kacau sebati.

Bahan tumis
1 labu bawang besar-dadu
5 ulas bawang putih-cincang
1/2 inci halia-cincang
2 batang serai-hiris nipis

1/2 batang karot-parutnenas kiub-potong nipis
tomato ceri-belah 2
daun ketumbar siam
cili merah

Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan,letak sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam
  • Goreng sehingga garing.Ketepikan.

Sos

  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai sehingga naik baunya.
  • Tambahkan campuran sos dan karot.
  • Masak dgn api perlahan sehingga kuah pekat.
  • Tambah nenas dan tomato serta hirisan daun ketumbar.
  • Sesuaikan rasanya.
  • Curahkan kuah ke atas ikan goreng dan taburkan hirisan cili  merah dan daun ketumbar siam.
  • Bolehlah di hidangkan.

Loading...

Tags: #BAWAL #IKAN #Manis #Masak #MASAM

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS"