Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

IMG 5129 1 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Saya belajar resepi masak tempoyak dr Bonda Mertua. Masakan yg cukup asing pd saya kerana saya tidak pernah mkn atau melihat masakan ini di Kelantan. Cara memasaknya nampak sangat mudah tetapi saya tidak pernah dapat menghasilkan masak tempoyak sesedap seperti yg disediakan oleh Bonda Mertua atau kakak ipar. 

Beberapa kali melihat sendiri cara ianya dimasak tapi belum cukup utk saya belajar masakan tradisi orang Perak ini. Entah kenapa saya blh mkn menghirup kuah jika mkn masak tempoyak yg disediakan oleh orang lain. Tapi jika dimasak sendiri seperti yg disediakan oleh orang lain, walhal mengikut sukatan bahan yg diberi. 

Hubby memberitahu masak tempoyak saya hari ini OK tapi belum cukup masam kerana menggunakan tempoyak baru. Jadi saya meletakkan juga 1 keping asam keping.

IMG 5131 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Tempoyak yg ada di dlm peti ais agak lama, jadi saya menyediakan tempoyak sendiri menggunakan isi durian musang king yg saya simpan di dlm freezer. 

Mudah sahaja menyediakannya. Hanya diasingkan isi durian dgn biji dan kemudian diramas ramas sehingga hancur. Masukkan sedikit garam. Gaul lagi. Masukkan dlm botol kaca atau botol plastik bertutup dan simpan di dlm peti ais selama 3 hari sebelum sedia utk digunakan.
IMG 5004 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Masih lagi menggunakan ikan baung liar sungai yg dipancing di Sungai Pahang yg rasanya sangat sedap, tidak hanyir dan penuh dgn telur. Bahagian yg paling sedap, tentunya di bahagian perut ikan yg isinya lembut dan berlemak.
IMG 4994 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini iaitu resepi versi mertua saya dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 5137 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan Baung
5-6 sudu besar tempoyak – guna 6 
1 batang serai – ketuk
1 sudu besar serbuk kunyit
1 liter air – 1 1/2 gelas
1 biji timun – atau taugeh kepala besar
2 sudu besar garam kasar
Sedikit gula

Bahan tumbuk:
3 tangkai cili merah 
3-4 tangkai cili api – jika suka pedas

Cara cara:
Ikan disiang dan dibersihkan. Kemudian lumur dgn tepung gandum dan biarkan seketika sebelum dibilas dan dibasuh bersih dan ditos.
IMG 5119 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Masukkan ikan ke dlm periuk. Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit, timun dan tempoyak. Gaul rata bersama ikan dan biarkan seketika. 

IMG 5117 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

IMG 5118 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

IMG 5121 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak
Setelah itu, masukkan air secukupnya. Nyalakan api dan masak sehingga mendidih. Berhati hati bila mengacau utk mengelakkan ikan dr hancur. 
IMG 5123 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Masukkan garam dan gula. Biarkan merenih dgn api perlahan dlm 15 minit atau timun telah lembut. Sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api. 

Selepas masak, biarkan dlm 30 minit sebelum dihidangkan utk ikan sebati rasanya dgn kuah. Sedap dimakan ketika tidak terlalu panas.
IMG 5126 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Nota:
Lebih sedap jika menggunakan tempoyak baru. Saya buat sendiri tempoyak dan disimpan selama 3 hari sebelum sedia utk digunakan. 

Cara buat tempoyak ialah dgn asingkan isi durian dan biji, masukkan sedikit garam halus dan gaul rata. Simpan dlm botol kaca atau botol plastik. Simpan dlm peti ais. 

Jika tempoyak baru dan tidak rasa masam, blh letak asam keping.
IMG 5134 - Ikan Baung Masak Tempoyak Perak


Loading...

Tags: #Baung #IKAN #Masak #PERAK #TEMPOYAK

author
Author: 
    Cara memasak samyang ramen masak mie samyang pedas
    Karena tidak ada cara memasak mie samyang dibalakang bungkus, maka kali ini iseng-iseng
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide

    Leave a reply "Ikan Baung Masak Tempoyak Perak"