Ikan Bakar Terengganu Yg Sangat Sedap!

Loading...

ikanBcaruBbakar - Ikan Bakar Terengganu Yg Sangat Sedap!

Semalam ita sediakan ikan bakar Terengganu yg sangat sedap! serius sedap tau! rencah dia tu memang sedap sangat -sangat.. !
Terima kasih pd Julaiha Omar yang sudi kongsikan resepi ikan bakar ni.. Lepas ni ita memang akan selalu guna resepi ni kalau nak buat ikan bakar lagi. Suami dan anak-anak pun suka.
Hari ni ita kongsikan kat sini pulak, semoga bermanfaat dan pahala juga utk Julaiha kerana sudi berkongsi resepi. Tapi ita ada ubah suai sikit ikut kuantiti ikan yg ita guna. Ita bakar 2 ekor ikan caru je..

IKAN BAKAR TERENGGANU
Resepi Oleh : Julaiha Omar

Bahan-Bahan Utk Pes Chili

10 tangkai cili merah – ita campur dgn cili api
15 tangkai cili kering ~ di kisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
5 batang serai ~ dikisar
2 inc belacan bakar
Gula melaka ~ secukup rasa
1 sudu besar ~ air asam jawa ( ita guna asam jawa yg takn ada biji )
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Panaskan minayk dan gorengkan belacan sampai harum
Ita satukan semua bahan yg di kisar dan kisar sekali terus je
Panaskan semula minyak yg bakar belacan dan tumis bahan yg di kisar sampai harum dan garing
Bila dah garing masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Masak sampai garing

Ikan yg hendak di bakar di belah 2 keping nipis
Ambil sehelai daun pisang dan lipat dua, letakkan paste chilli
Letakkan ikan
Tutup dgn pes cili semula atasnya
Letak atas kuali pemanggang , tutup kuali dan bakar
Balikkan setelah sebelah bahagian ikan masak
Angkat dan hidangkan dgn limau kastuti dan bende yg di celur.

ikanBbakarB2 - Ikan Bakar Terengganu Yg Sangat Sedap!

Loading...

Tags: #Bakar #IKAN #sangat #Sedap #Terengganu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ikan Bakar Terengganu Yg Sangat Sedap!"