Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

Untitled design 32 1 - Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Blh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yg menceriakan hari minggu anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…

1. ASAM GUMPALUntitled design 31 3 - Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm sagu biji
  • 100 gm kacang hijau
  • Garam dan gula nisan secukupnya
    *Gula nisan dibuat dr mayang kelapa dan dijual dlm pembalut berwarna warni

Bahan kuah :

  • 2 cawan santan
  • 2.5 sm halia /dimayang halus
  • Satu sudu teh halba
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk.
2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa.
3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil
4. Sagu biji yg ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan byk sangat nanti lembik sagunya.
5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan.
6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dgn inti kacang tadi.
7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan.
8. Susun dlm loyang dan kukus dlm 15 sehingga 20 minit atau sehingga sagu masak.

Cara buah kuah :
1. Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul.
2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yg dikukus tadi
3. Blh dimakan panas-panas atau sejuk

INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.

Saiz hidangan : 20 biji
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.

2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

Untitled design 39 4 - Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kacang hijau/ rendam dahulu sejam
  • Air secukupnya utk merebus kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula Melaka

  • ½ cawan gula pasir
  • 1 sudu mkn minyak masak
  • 2 helai daun pandan /belah dan simpul
  • 1 sudu teh garam
  • Isi durian secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu mkn minyak masak (untuk cepat empuk).
2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir
3. Masukkan gula Melaka yg diracik, kacau sehingga gula larut dan sebati.
4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dlm periuk bersama daun pandan.
5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
6. Setelah siap blhlah dihidangkan

Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Didih
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi mknan lps buka istimewa terutamanya waktu moreh

INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.

3. AGAR-AGAR SANTANUntitled design 38 4 - Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

BAHAN-BAHAN ;

  • 10-12 gram agar-agar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dlm periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dlm agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
5. Tuang ke dlm acuan kecil dan sejukkan.

Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 10 minit
Cara memasak : Didih dan didinginkan dlm peti sejuk
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi

INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, blh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka utk warna perang utk agar-agar santan gula Melaka

4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAHUntitled design 41 3 - Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji delima /diambil isinya
  • 1 biji santan kelapa
  • 15 biji kurma /dibuang biji
  • 10 biji buah tin kering /dipotong
  • 20 biji gajus goreng @ bakar
  • 2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masak dgn api yg sederhana.
3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.

Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ramuan mknan sunnah yg manis berlemak

INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yg lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yg direka chef hotel The Pearl.

5. PUDING SAGU GULA MELAKAUntitled design 42 4 - Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan sagu /dibilas air dan tos
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam

Bahan gula Melaka:

  • 250 gm gula Melaka/ketulan besar (diracik halus)
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan /disimpul
  • 1 tin susu cair 
  • Secubit garam (jika suka)

CARA MEMASAK :
Cara masak sagu :
1. Masak dlm api perlahan dan sentiasa kacau sehingga sagu kembang.
2. Toskan dan bilas utk buang kanji dan kemudian sejukkan.
Cara masak gula Melaka :
1. Masak semua bahan dlm api perlahan sehingga gula melaka cair .
2. Reneh sehingga pekat, sejukkan.
Cara penyediaan :
1. Sudukan sedikit sagu dlm mangkuk atau gelas.
2. Tuangkan susu perlahan-lahan
3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yg anda suka.

Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.

INFO CHEF : Blh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dgn daun pandan dan sedikit garam.

Loading...

Tags: #Hebat #Idea #Kelapa #Lemak #Manis #Mulut #Pencuci #Santan

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.