Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Loading...

lebih 1 - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging, sambal ikan atau telur . Jadi korang hanya perlu kreatif sedikit cipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini blh dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia menggelakkan pembaziran dan menjimatkan masa memasak di dapur. Berikut cadangannya:-

nasi goreng - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Kuah Rendang

Lebihan kuah rendang  ayam atau daging, anda blh  jadikan pes utk nasi goreng.  Anda hanya perlu tumiskan semula kuah ini dan masukkan nasi di dlmnya, gaul rata dan perasakan dgn sedikit garam jika perlu. Blh juga tambah sedikit sayur dan hirisan cili jika suka. Atau kuah rendang juga sedap dimasukkan dlm telur goreng hancur, ia menjadikan telur yg digoreng lebih sedap.

sambal telur - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Sambal Merah

Kalau masak sambal ikan, tapi ikannya sudah habis tapi sambal masih ada, jangan buang ye.Anda blh olah sedikit utk buat telur goreng atau rebus dgn citarasa tiga rasa. Apa perlu anda lakukan, panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dgn serai titik, tomato yg dipotong dadu dan hirisan daun limau purut. Kemudian tambahkan dgn lebihan kuah sambal tadi serta sedikit sos cili dan plum, gaul rata dan masukkan telur yg siap di goreng atau rebus. Jika kurang masin blh tambah secubit garam. Maka jadilah menu baru Telur Berlada Tiga Rasa.

karipap 1 - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Kuah Kari Daging /Ayam

Sayang kalau anda buang lebihan kuah kari daging atau ayam.  Sebenarnya anda blh gunakan kuah ini utk campuran dlm penyediaan inti kentang karipap. Caranya mudah saja, anda hanya perlu sediakan kentang yg dipotong dadu kecil, sedikit bawang besar cincang, bawang putih cincang halus dan daun kari.  Kemudian tumis, bawang besar dan putih serta daun kari sehingga wangi. Masukkan kentang dan kacau rata, diikuti dgn kuah kari tadi. Kacau rata sehingga kentang empuk dan kuah kering. Tambahkan perasa seperti garam dan gula jika perlu. Tak perlu tambah ayam atau daging lagi, sebab kuah tadi sudah ada rasa ayam atau daging.

sambal ayam - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Sambal Hijau

Ikan Sambal Hijau, ikan sudah habis, tapi lebihan sambalnya masih ada. Jangan buang, jadikan ia   Tukar je dgn udang. . Anda hanya perlu goreng udang, kemudian tumiskan hirisan bawang besar dan sedikit kacang pis.  Panaskan sedikit minyak dlm kuali, tumis bawang tadi sehingga wangi kemudian masukkan udang goreng dan kacang pis dan lebihan sambal hijau tadi, kacau rata supaya sebati, jika kurang rasa tambahkan perasa dgn sedikit garam dan gula. Akhir sekali tutup dan hidangkan.

cucur udang - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.  

Kuah Pecal

Jika sayur-sayuran utk pecal sudah habis tapi kuahnya masih berbaki, jangan buang. Anda blh gunakan  utk jadikan sambal pencicah cucur udang dan cucur sayur.  Caranya Anda hanya perlukan  sedikit bawang merah dan putih yg di kisar, kemudian tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan kuah kacang tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

nasi tomato - Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir.

Kuah Spageti Balognes

Percaya atau tidak lebihan kuah balognes blh digunakan sbg perencah utk Nasi Tomato. Anda yg perlu tambah satu atau dua biji tomato cincang,  sedikit bawang Holland, halia dan mentega. Caranya mudah sahaja, panaskan mentega dan tumis bawang Holland dan halia. Kemudian masukkan lebihan kuah balognes, kacau rata dan masukkan beras yg telah direndam, seterusnya tambahkan air, tomato cincang serta garam secukupnya. Biarkana nasi masak seperti biasa.

Komen anda

Loading...

Tags: #BAGUS #Baru #Cipta #Dari #Idea #Kuah #Lebihan #Membazir. #MENU #Sambal

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Bagus Ni Tak Membazir."