![]() |
Imej via Utusan |
KUALA LUMPUR 2 Jan. – Golongan ibu bapa tidak perlu risau dgn kaedah pemarkahan atau pelaporan prestasi anak mereka apabila peperiksaan bg murid tahap satu dimansuhkan thn ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pihaknya memberi jaminan terhadap pelaksanaan kaedah itu kerana sudah bersedia drpada pelbagai aspek sejak tiga thn lalu.
“Fokusnya adalah melaksanakan pembelajaran yg berpusatkan kepada murid melalui pendekatan didik dan hibur, pemikiran kreatif, belajar secara berkumpulan, memupuk kerjasama serta kemahiran komunikasi.
“Malah, golongan guru juga sudah biasa dgn kaedah pelaporan itu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yg diperkenalkan sejak dr 2011. Apabila tiada peperiksaan, maka ada format pelaporan secara berterusan yg akan dinilai terhadap murid-murid,” katanya.
Beliau berkata demikian dlm sidang akhbar selepas membuat lawatan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (1) di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Ismail Musa dan Guru Besar sekolah itu, Ramnah Darus.
Sumber – UTUSAN ONLINE
Tags: #bapa #kaedah #KPPM #laporan #Murid #Perlu #Prestasi #risau #tidak