Ibu bapa tangkai jering punca dana PIBG sekolah nazak

IMG 20190204 224448 1 - Ibu bapa tangkai jering punca dana PIBG sekolah nazak

BEZA ANTARA MENTALITI KITA

Kawan aku, Andy Sulaiman baru wasap aku pagi tadi.

Dia luahkan kesedihan mentaliti orang kita yg sangat berkira dgn pendidikan anak-anak.

Sumbangan RM5 utk cat sekolah anak sendiri pun ada yg bersangka buruk siap laporkan kat PPD bagai kata PIBG salah guna kuasa.

LIMA RINGGIT JE WOIH!

Bukan lima ratus. Tu pun berkira siap buat laporan bagai? Dah la tak membantu, menyusahkan pula. Apa benda ni? Apa ni?

Patut la baki PIBG dlm akaun sekolah tak sampai RM4,000. Sekolah punya besar, punya byk duit perlu guna utk pelbagai aktiviti anak-anak, keceriaan kelas dan sekolah dan pelbagai program tapi dana PIBG tak sampai RM4K.

Sedih. Sangat menyedihkan.

Dan percayalah, majoriti sekolah kebangsaan di Malaysia memang begitu. Dana PIBG sikit, nak buat program , nak buat keceriaan, nak tambah baik fasiliti kena mohon sumbangan.

Bila mohon sumbangan pula, sambutan suam-suam kuku. Yg merungut lebih byk. Yg report dan nak menyusahkan sekolah sangat ramai. Bukan kata nak bantu sekolah anak sendiri, bahkan nak menjatuhkan pula.

Kebetulan pagi ini juga, sahabat aku Sir Rajinder Singh pun hadiri meeting PIBG di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina.

Sir Rajinder kiriman aku pdf kewangan sekolah tersebut. Ada 8 ‘pages’ semuanya. Namun cukuplah aku lampirkan ‘page’ pertama sahaja.

Tu dia kawan-kawan. Baki di tangan RM811,000. Lebih RM800,000 baki di tangan. LAPAN RATUS RIBU WOIH! Bukan lapan ribu. Jumlah aset pun hampir cecah sejuta.

Dan pernahkah kita lihat kaum Cina merungut tentang yuran PIBG anak-anak mereka?

Pernah kita dengar ada dikalangan mereka buat laporan kerana sekolah minta sumbangan utk keceriaan?

Ini sebab mereka sangat menyokong sekolah anak-anak mereka. Mereka tak pernah berkira dgn pendidikan. Tak pernah!

Mereka tahu, pendidikan yg baik datangnya dr fasiliti dan keselesaan belajar. Maka mereka tak berkira menyumbang utk kemajuan sekolah anak-anak mereka.

Mereka tahu, pendidikan itu mampu mengubah nasib. Mereka tahu, dgn pendidikan impian blh dicapai. Mereka tahu, hanya orang yg berilmu mampu menguasai dunia!

Renungkan apa yg aku tulis hari ini. Ini tulisan bukan bermotif politik. Tidak juga bermotif sindiran.

Ini satu fakta yg kita kena akui dan ubah segera. Tolong, tolong, tolonglah beri sokongan kepada sekolah anak-anak kalian.
Jika pun tidak mahu turut serta berganding bahu membangunkan sekolah anak-anak, tolong jangan menyusahkan!

Sekian, terima kasih.

Kredit: Mohd Fadli Salleh

Loading...

Tags: #bapa #Dana #Jering #nazak #PIBG #Punca #Sekolah #tangkai

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Ibu bapa tangkai jering punca dana PIBG sekolah nazak"