Ibu bapa gesa kerajaan hapuskan subjek Pendidikan Moral

sekolah cina melayu 630x354 1 - Ibu bapa gesa kerajaan hapuskan subjek Pendidikan Moral

PETALING JAYA: Kumpulan ibu bapa menggesa kerajaan menghapuskan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah, mengatakan “menjadi moral” adalah lebih kepada menghafal definisi utk lulus dlm peperiksaan.

Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dlm Pendidikan Melaka mencadangkan agar subjek itu digantikan dgn “kelas biasa” berhubung isu semasa seperti hak asasi manusia, memelihara alam sekitar, menjaga golongan yg memerlukan dan “kejahatan” rasuah.

Pengerusinya, Mak Chee Kin berkata, mengajar pelajar memerangi rasuah, khususnya, “menjadi lebih berguna dlm mendidik anak-anak kita utk menjadi orang yg menegakkan moral”.

Isu ini dicetuskan oleh peguam Lim Wei Jiet menerusi kiriman Twitternya, yg mempersoalkan perkaitan subjek itu dan bertanya mengapa kerajaan tidak membuat langkah utk menghapuskannya.

Bercakap kepada FMT, Lim mengakui Pakatan Harapan (PH) tidak berjanji utk mengenepikan subjek itu tetapi berkata ini bagaimanapun perlu dilakukan.

Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bg Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra berkata Pendidikan Moral tidak dpt dihapuskan dr sekolah kebangsaan kerana ia disenaraikan sbg subjek teras utk peringkat rendah dan menengah dlm Akta Pendidikan 1996.

Tetapi Lim berkata akta itu patut dikaji semula “atau, sekurang-kurangnya, mengubahsuai sukatan Pendidikan Moral”.

Pendidikan Moral adalah mata pelajaran wajib SPM utk pelajar bukan Melayu. Definisi dr perkataan ke perkataan yg tepat diperlukan, di mana pelajar sering diberitahu utk menghafal kata kunci.

Tahun kebelakangan ini menyaksikan cadangan subjek itu digantikan dgn pelajaran yg akan menangani isu tingkah laku sosial seperti seks siber, penyalahgunaan dadah dan alkohol, kesihatan mental, buli dan gangsterisme.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan, Harry Tan berkata terdapat reaksi bercampur drpada guru berhubung isu itu.

“Tetapi pd umumnya, mereka tidak mahu subjek itu dibuang.”

Beliau bersetuju Pendidikan Moral harus dibuat lebih relevan dr masa ke semasa, walaupun kenyataan drpada menteri pendidikan thn lalu mengatakan perubahan secara berkala akan dilaksanakan.

Chong Sin Woon, yg memegang jawatan pd masa itu, dilaporkan berkata Pendidikan Moral mampu menghasilkan pelajar berprinsip dan patriotik yg blh berkomunikasi dan bekerja sbg satu pasukan.

Beliau juga berkata subjek itu masih selaras dgn keperluan kurikulum pd abad ke-21 dr Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.

Sumber: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #bapa #Gesa #hapuskan #Kerajaan #Moral #Pendidikan #subjek

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.