Ibnu Asy-Syathir : Pelopor dan Pembuka Ilmu Angkasa

Loading...

Ibnu Asy-Syathir : Pelopor dan Pembuka Ilmu Angkasa

Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz .  sudah lama rasanya saya tidak berkongsi mengenai tokoh cendekiawan islam .

ILMUBANGKASA - Ibnu Asy-Syathir : Pelopor dan Pembuka Ilmu Angkasa

Beliau adalah Alauddin Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Hassan Al-Anshari Al-Muaqqit Al-Falaki Ad-Dsimasyqi atau lebih dikenali dgn nama Ibnu Asy-Syathir. Selain itu, beliau juga dikenali dgn nama Ibnu Al-Muththa’am Al-Falaki kerana pd masa muda, beliau bekerja sbg tukang kayu yg melubangi kayu dgn menggunakan gading.

Ibnu Asy-Syathir dilahirkan pd thn 704 H ( 1304 M) di Damsyik. Beliau juga pernah menjadi muazzin (tukang azan) di Masjid Umawi yg terletak di Damsyik dan kemudiannya menjadi muaqqit (penentu waktu solat) dan mengetuai para muazzin.Beliau mempelajari ilmu astronomi dan matematik drpada seorang ahli astronomi Damsyik, Abu Hassan bin Husein bin Ibrahim bin Yusuf Asy-Syathir iaitu yg merupakan sepupu drpada ayahnya.

Kemudiannya beliau telah mengembara ke beberapa negara lain utk memperdalami ilmu, seperti ke Syam dan Mesir. Beliau banyak mempelajari karya-karya asli astronomi pendahulunya seperti Ath-Thusi, Umar Al-Khayam, Hasan bin Al-Haitam, dan Quthubuddin Asy-Syairazi.

Ibnu Asy-Syathir juga dikenali sbg salah seorang ilmuwan Damsyik dlm bidang Astronomi baru yg mengiringi manusia ke gambaran baru mengenai alam semesta malah beliau juga telah berhasil membuka jalan bagi peradaban era luar angkasa seperti yg kita ketahui sekarang.

Kemudian beliau meneruskan mempelajari ilmu astronomi di sekolah astronomi yg dipimpin oleh seorang ahli astronomi senior , Nasharudin Ath-Thusi yg aktif dan berjaya pd abad ke-tujuh dan ke-lapan Hijrah atau abad ketiga belas dan ke-14 belas Masihi.

Penemuan dan Sumbangan  :

Dalam pengkajiannya, beliau telah menemui tempat beredarnya bintang Mercury dan bulan yg selama ini telah membingungkan para ilmuan yg lain. Dua contoh pergerakan dr keduanya merupakan penemuan pertama yg memberi jalan bagi wujudnya ilmu astronomi moden.

Sehingga saat ini banyak ilmuan Barat yg mengakui penemuan beliau. Seorang ahli astronomi Poland, Copernicus telah mengambil contoh pergerakan bintang Mercury dan bulan yg dibuat olehnya, iaitu dua abad setengah setelah wafatnya beliau malah penemuannya telah dinamakan Copercican system.

Semasa hidupnya, beliau telah banyak mencipta alat yg digunakan utk memantau bintang dan dipakai dlm pengukuran dan perhitungan. Di antaranya ada yg berupa jam matahari dan tembaga, per-empatan tinggi dan per-empatan penuh yg dipakai utk menyelesaikan permasalahan ilmu perbintangan yg dapat memberikan kita kepada hasil yg diinginkan atau astrolab.

Karya :

Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya yg ditulis terutama dlm bidang astronomi. Diantaranya karya-karyanya banyak menerangkan alat-alat yg dipakai utk meneropong bintang dan cara atau kaedah menggunakannya.

Bukunya yg berjudul Zaij Ibnu Asy-Syathir telah diringkaskan oleh Ibnu Zuraiq dgn judul Ar-Raudh Al- Athir Fi Talkhish Zaij Ibn Asy-Syathir. Menurut Ibnu Zuraiq, Ibnu Asy Syathir telah menulis sebuah buku yg berharga dan telah berhasil menentukan tempat beberapa bintang dan peredarannya.

Terdapat banyak lagi hasil karya drpada beliau, antaranya termasuklah Risalah Fi AlHai Al-Jadidah, Risalah Fi Al-Amal Bidaqaiq Ikhtilaf Al-faq Al-Mar’iah, Risalah Fi Istikraj At-Tarikh, An-Naf’u Al-Am Fi Al-Amal Bi Ar-Rub’I At-Tam Limawaqit Al-Islam dan berbagai-bagai lagi.

Antara contoh peredaran bintang Mercury dan bulan ini telah disentuh di dlm ensiklopedia Islam yg menyatakan bahawa penemuan yg diraih oleh Ibnu Asy-Syathir ini telah banyak memiliki persamaan dgn contoh yg ditemukan oleh Copernicus setelah berlalu dua abad lamanya.

Apatah lagi contoh yg dikemukan oleh Copernicus terutama mengenai bulan dan Mercury adalah sama sekali mirip teori Ibnu Asy-Syathir yg telah menghuraikannya secara terperinci di dlm beberapa buah buku karyanya.

Bukti tersebut telah membuka rahsia Barat kepada dunia Islam bahawa Copernicus telah menyadur atau menyalin sebahagian drpada idea-idea Ibnu Asy-Syathir. Ini adalah kerana banyak berita-berita yg menyatakan bahawa beberapa manuskrip karya Ibnu Asy-Syathir telah ditemui di tempat kelahiran Copernicus.

Ibnu Asy-Syathir merupakan tokoh Islam yg banyak memberikan jasa dan telah banyak meninggalkan kesan  kepada ilmuwan dunia Islam dlm membuka rahsia alam terutama dlm bidang astronomi.

Namun pengkajian tersebut tidak digunapakai oleh para ilmuwan Islam masa kini yg akhirnya terus dilanda kebuntuan dlm pengkajian bidang astronomi dan lebih banyak mengharapkan para ilmuan drpada Barat menghuraikannya.

Sumber: 147 Ilmuwan Terkemuka Dlm Sejarah Islam

Loading...

Tags: #Angkasa #AsySyathir #IBNU #Ilmu #Pelopor #Pembuka

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Leave a reply "Ibnu Asy-Syathir : Pelopor dan Pembuka Ilmu Angkasa"