Huraian Babak Kemuncak Filem ‘Polis Evo 2’ [SPOILER ALERT}

Loading...

Polis Evo 2 mencatat kutipan yg agak memberansangkan drpada filem pertamanya yg terbit pd thn 2015. Filem yg membariskan lebih banyak pelakon popular ini kini menjadi fenomena baru dan juga aras baru dlm genre filem aksi di Malaysia. Kami akan bincangkan dan memberi sedikit pandangan tentang pengakhiran filem ini.

polis evo 2a 1 - Huraian Babak Kemuncak Filem 'Polis Evo 2' [SPOILER ALERT}
Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yg mana blh mengganggu penontonan anda jika masih belum menonton. Jaga jaga, better jangan teruskan jika tidak kuat.

HURAIAN BABAK KEMUNCAK FILEM ‘POLIS EVO 2’
Dalam babak akhir filem Polis Evo 2, Inspektor Sani bertindak mengepung kesemua kuncu-kuncu Saif ke dlm sebuah dewan yg kelihatan terbengkalai sebelum meledakkan dewan itu dgn letupan. Saif berjaya dibunuh oleh Inspektor Khai selepas dia hampir menembak Inspektor Sani. Dan babak akhir itu ditamatkan dgn sebuah babak di tepi pantai, beberapa bulan selepas kejadian.
Di dlm babak pantai, Inspektor Sani dan juga Inspektor Khai berbual mengingati kes besar yg membawa kepada perubahan kepada persahabatan mereka berdua. Terdapat juga beberapa hint yg memberikan ruang kepada beberapa perbincangan utk francais Polis Evo di masa akan datang.
SELAGI LAKU BOH!
Perkataan ini menjadi satu perkara yg memberi ruang utk penonton menjangkakan adakah Polis Evo 3 akan menyusul dlm masa terdekat. Dgn dialog-dialog Inspektor Khai yg memberi hint yg samar-samar, ramai termasuklah admin sendiri percaya bahawa selagi Polis Evo laku dan masih ada penonton, Polis Evo 3 tak mustahil akan ada.

Polis Evo 2 dan juga filem pertama berjaya membina jambatan yg membezakan dua filem dlm francais ini. Kita dapat melihat bahawa Polis Evo 2 lebih membuka kepada keluasan universe francais filem tersebut dgn pengenalan ramai watak-watak baru. Dan semestinya, filem Polis Evo 3 nanti, jika ada akan menjadi filem yg lebih besar dan segar.
Filem kedua Polis Evo ini sudah memberi benchmark tertinggi dlm sejarah filem aksi Malaysia. Dan semestinya pihak penerbit harus mencari idea yg lebih segar drpada berbicara tentang dadah dan juga aksi lasak. Apapun, jika Polis Evo 3 akan ada, maka sudah pasti keterujaan menunggunya tidak akan pernah pudar.

PENGAKHIRAN YANG TERGANTUNG?
Ramai penonton menyatakan bahawa pengakhiran filem Polis Evo 2 kelihatan sedikit tergantung. Memang benar, Saif akhirnya menerima nasib yg setimpal. Namun, babak akhir Polis Evo 2 yg akhirnya menyimpulkan kisah persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani dgn melupakan beberapa perkara besar yg perlu ditamatkan dgn baik adalah sedikit mengecewakan.
HairulBAzreenBinBPolisBEvoB2 - Huraian Babak Kemuncak Filem 'Polis Evo 2' [SPOILER ALERT}
Kita tahu, di dlm filem ini, Inspektor Khai dan Inspektor Sani bertahan sebelum pasukan bantuan tiba. Malangnya, persoalan besar, pasukan bantuan tidak tiba-tiba sehinggalah akhir filem. Adakah SAC Azizat memang benar-benar hantar pasukan bantuan? Atau ada perkara yg tidak diketahui? Apa yg terjadi di gudang yg diketuai oleh SAC Azizat?

Peleraian babak akhir dan penyudah kepada beberapa watak terutama watak ‘pasukan bantuan’ yg tidak ada sampai ke sudah, dan juga pasca kejadian tidak disimpulkan dgn baik. Pastinya akan ada pelbagai spekulasi tentang tindakan SAC Azizat dan juga pembelaan terhadap pasukan UKAP yg terbunuh.

KE DALAM JIWA INSPEKTOR SANI
Di satu lapis, kita melihat bahawa Polis Evo 2 ialah kisah tentang Saif yg cuba utk tuntut pihak polis utk kembalikan Imam Husyairi. Namun, jika kita gali lebih lagi, Polis Evo 2 ialah kisah bagaimana Inspektor Sani menjadi seorang polis yg benar-benar seorang polis. Sepanjang filem Polis Evo 2, kita melihat bahawa Inspektor Khai banyak menjalankan tugas menyelamat manakala Inspektor Sani pula dipadankan dgn Mat Dan.
Untitled 1 1024x704 - Huraian Babak Kemuncak Filem 'Polis Evo 2' [SPOILER ALERT}
Melihat Mat Dan mati di depan mata menjadikan jiwa Inspektor Sani dikorek jauh. Dia lalu mempersoalkan tentang dirinya sendiri sbg seorang polis. Dia merenung jauh ke dlm jiwanya tentang layak atau tidak dia menjadi seorang polis. Hal ini menjadikan tema persahabatan Sani dan Khai dibawa ke level baru. Sani sedang jatuh, dan Khai pula ialah semangatnya.
Dan apabila digabung semuanya, kita melihat bahawa kejadian dlm filem ini sbg ujian terberat Inspektor Sani sepanjang dia bertugas. Masih ingat tentang babak dia bercakap dgn gambar ayahnya yg ada dlm filem pertama dan kedua ini? Nah, akhirnya Inspektor Sani berjaya membuktikan dirinya seorang polis yg terbaik kerana berjaya menyelamatkan tebusan.

KESIMPULAN
Polis Evo 2 memang sebuah filem aksi yg pdt. Namun, ada satu dua perkara di dlm filem ini kelihatan ditinggalkan gara-gara melebihkan beberapa perkara yg disangka penting. Pengakhiran Polis Evo 2 seharusnya lebih kemas. Namun, utk apa yg ada, ianya mungkin sebuah cliff hanger yg mungkin blh membuka ruang utk sekuel ketiga. 

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #'Polis #ALERT} #Babak #Filem #Huraian #Kemuncak #SPOILER

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "Huraian Babak Kemuncak Filem ‘Polis Evo 2’ [SPOILER ALERT}"