Huraian Babak Kemuncak Filem ‘Andhadhun’ [SPOILER ALERT]

Andhadhun bukan filem Bollywood biasa. Filem ini menjadi satu satunya filem yg menyebabkan penontonnya berdebat tentang ending filem ini. Ianya seperti hangatnya penonton filem Hollywood mempertikai ending filem Inception mahupun Total Recall. Open ending yg menjangkau minda.
andhadhun 7596 1 - Huraian Babak Kemuncak Filem 'Andhadhun' [SPOILER ALERT]
Dan kami akan huraikan berkenaan ini. Ambil tahu bahawa post ini mempunyai MAJOR SPOILER. Siapa yg belum tonton harap jangan baca.






HURAIAN BABAK KEMUNCAK ‘ANDHADHUN’
Dalam babak terakhir, kita melihat satu babak kecil yg memberikan satu persoalan kepada keseluruhan filem. Kita diperlihatkan apabila Akash (Ayushmann Khurrana) beredar selepas bertemu dgn Sophie (Radhika Apte) selepas dua thn kejadian di dlm filem. Di akhirnya, Akash berjalan dgn tongkat yg mana mempunyai ukiran arnab lalu memukul tin dgn sengaja di atas jalan.
ikcdxvythe 1538588972 - Huraian Babak Kemuncak Filem 'Andhadhun' [SPOILER ALERT]

PERSOALAN YANG HADIR
Selepas menonton filem ini, dan babak Akash pukul tin, beberapa persoalan muncul di minda. Pertama, adakah Akash sebenarnya benar-benar buta sepanjang filem? Kedua, adakah Akash masih buta di akhir filem? Ketiga, bagaimana Akash kembali pulih jika dia buta sepanjang filem. Dan keempat, adakah flashback yg diceritakan Akash kepada Sophie benar benar terjadi?
ADAKAH AKASH BENAR-BENAR BUTA SEPANJANG FILEM?
Untuk menjawab soalan ini, korang kena faham yg filem ni berkisar tentang Akash yg sebenarnya tidak buta tetapi hanya berlagak buta demi utk sebuah ‘seni’. Akash buta di mata masyarakat dan berjaya meyakinkan kehidupan sekelilingnya bahawa dia seorang buta sedangkan di rumah, dia menjadi manusia biasa.
Namun, Akash akhirnya mendapat pengajarannya yg tersendiri apabila Akash ke rumah Simi dan melihat sebuah pembunuhan. Skip forward, Simi yg mahu menutup pembunuhan yg dilakukannya akhirnya membutakan Akash apabila dia tahu Akash tak buta.

Tetapi, persoalan timbul sama ada Akash benar-benar buta penuh, atau dia nampak separuh, atau sebelah mata, atau dia tidak buta. Persoalan ini tidak ada jawapan penuh kerana ianya terserah kepada penonton. Namun, jika pd pandangan aku, aku percaya Akash sebenarnya tidak buta. Dia sebenarnya merancang komplotnya sendiri dgn kemahiran yg dia ada.
x1080 AJW - Huraian Babak Kemuncak Filem 'Andhadhun' [SPOILER ALERT]

Di awal filem, kita sendiri sudah melihat bagaimana Akash memanipulasi persekitaran dan membuatkan orang percaya yg dia benar-benar buta. Kemahiran Akash terlalu hebat sehinggakan penonton sendiri ditipu pd awal filem. Jadi, tidak hairanlah jika Akash sebenarnya sedang ‘menipu’ kita sepanjang filem dan juga mereka komplotnya sendiri utk melepaskan diri.
Antara babak yg menjadi bukti bahawa Akash tidaklah buta dapat dilihat apabila Akash memecahkan cermin kaca dgn pemadam api. Jika dia buta, sudah pasti Akash terus keluar dan dia akan terluka. Seolah-olah Akash tahu bahawa terdapat banyak lagi cermin yg masih belum pecah dan bahaya.
Malah, ketika Dr. Swami dibunuh Simi dan Simi memandu kereta milik Dr. Swami, terdapat jeda seketika seolah-olah Akash tahu bahawa Simi yg memandu kereta dan bukannya Dr. Swami. Tetapi, Akash meneruskan lakonannya dan berpura-pura seolah-olah Dr. Swami yg memandu kereta.
Paling konkrit utk membuktikan Akash tidak buta ialah tongkatnya yg berukir kepala arnab. Jika dia buta, bagaimana dia blh tahu arnablah yg menyelamatkan dirinya? Fikirkan!
JIKA AKASH BENAR-BENAR BUTA, ADAKAH DIA SUDAH PULIH DI AKHIR FILEM?
Ambil satu lagi kesudahan alternatif, jika dia benar-benar buta, adakah Akash berjaya kembalikan deria pengelihatannya dgn pembedahan yg disarankan Dr. Swami? Ini ialah teori yg sukar utk dijawab. Tidak ada penjelasan konkrit berkenaan ini. Namun, ramai peminat membuka teori mereka sendiri utk menjawab persoalan ini.
Pertama, ada teori yg menyatakan bahawa Simi tidaklah mati di akhir filem. Buktinya ialah pd flashback yg diceritakan oleh Akash yg agak janggal. Anda blh lihat satu scene kereta Dr. Swami yg melalui jalan yg di sebelahnya ada pokok. Di dlm flashback, kereta itu berhenti di tepi pokok, manakala babak sebelum itu, kereta tidak berhenti di tepi pokok.
Perbezaan antara flashback dan juga babak sebenar ini memberi satu kesimpulan bahawa kata-kata Akash sebenarnya tidak blh dipercaya. Ada satu keraguan yg membuka persoalan utk perbincangan.
JIKA AKASH KEMBALI PULIH, BAGAIMANA DIA BUAT?
Pelbagai teori hadir utk menjelaskan hal ini yg tidak terdapat di dlm filem. Pertama, ada yg menyatakan bahawa flashback yg diceritakan Akash kepada Sophie sebenarnya palsu. Akash mungkin ada rahsia yg tidak diceritakan. Jika Akash buta, adakah Simi benar-benar mati dilanggar arnab?
Adakah Akash mengambil kornea Simi dan memulihkan dirinya melalui pembedahan? Nah, fikirkan.
ADAKAH FLASHBACK AKASH BENAR-BENAR BERLAKU?
Filem ini mengambil kesudahan yg bijak apabila mengakhiri filem ini dgn flashback. Sbgmana yg kita tahu, flashback ialah sesuatu yg mempunyai persepsi. Dan persepsi semestinya blh diragui. Dan meragui apa yg diceritakan Akash adalah satu perkara yg hadur sifikirkan.

Kenapa? Sebab pertama, Akash ialah pemanipulasi. Dia ialah seorang artis dan juga pemain piano yg bijak. Sudah berapa lama dia hidup dlm keadaan buta tetapi tidak ada siapa yg tahu, melainkan budak kecil di bawah rumahnya yg mula meragui.
Namun, jawapan konkrit sama ada flashback Akash benar0benar terjadi atau tidak sebenarnya tersembunyi dlm penceritaan Akash dan Sophie. Ingatkah ayat Sophie yg menyatakan bahawa Akash harus ambil mata Sophie yg menjadi ayat akhir baak penutup filem ini? Korang perasan tak yg Akash tidak memberi sebarang reaksi dan berlalu pergi?
Adakah sebenarnya kejadian Simi langgar Akash hanyalah penceritaan fiksyen utk membuatkan Sophie percaya kepadanya dan meraih simpati? Semuanya terpulang kepada anda. Ianya sebuah ending yg sangat subjektif dan terbuka utk korang selesaikan.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #'Andhadhun' #ALERT} #Babak #Filem #Huraian #Kemuncak #SPOILER

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Huraian Babak Kemuncak Filem ‘Andhadhun’ [SPOILER ALERT]"