Hukum Troll Haram? Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah-Marah..

Loading...

Semalam Berita Harian melaporkan “hukum troll haram” dan membayangkan perkara itu diungkapkan oleh Mufti Wilayah..

haram 1 - Hukum Troll Haram? Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah-Marah..

Laporan itu membuatkan netizens mengecam Mufti Wilayah. Ini kerana sesetengah dr mereka menyangka hukuman itu mungkin diperbincangkan dgn tujuan mahu memberi peringkatan kepada Najib Razak yg kian gemar troll kerajaan atau sbg nasihat kepada mereka-mereka yg suka troll kerajaan terutamanya troller Mujahid Kanda-Dinda baru-baru ini.

Ringkasnya, netizens beranggapan mufti mahu memihak kepada kerajaan yg memerintah kini.

najib1 - Hukum Troll Haram? Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah-Marah..

najib2 - Hukum Troll Haram? Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah-Marah..

najib3 - Hukum Troll Haram? Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah-Marah..

 
Berdasarkan semakan di website mufti disini, jika diperhatikan pejabat Mufti Wilayah menyimpulkan hukum troll yg menyalahi syarak adalah dilarang dan boleg membawa kepada dosa (sila lihat perkataan yg diwarnakan merah di akhir perenggan).

Mufti Wilayah tidak sewenang-wenang mengatakan ianya haram.

Yang dikatakan haram (sebanyak satu kali di perenggan jawapan yg pertama) adalah merujuk hukum asal = harus, jika digunakan secara bertentangan, maka haram. Dan selepas perenggan itulah baru membincangkan troll secara defisini, tindakan, penerangan dan akhir sekali kesimpulan. Di kesimpulan itulah Mufti Wilayah menyifatkan troll yg melanggar syarak adalah dilarang dan blh mendekati dosa.



Kami tinggalkan penerangan sebenar Mufti Wilayah dibawah ini utk pembaca nilaikan sendiri.

——————

Soalan

Mutakhir ini kita melihat semakin ramai netizen yg menggunakan aplikasi tertentu di media sosial dgn tujuan melakukan troll terhadap orang lain. Kadang-kadang ia membawa kepada perbalahan dan permusuhan serta menjatuhkan maruah orang lain? Apa hukum perbuatan sedemikian tuan mufti?

Jawapan

Pertama sekali, media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain-lain adalah termasuk alat komunikasi bg memudahkan perhubungan sesama manusia. Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, “Asal pd segala sesuatu itu harus.”

Namun demikian, jika ia digunakan dgn tujuan dan kaedah yg bertentangan dgn hukum syarak seperti menjadikannya sbg alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia apatah lagi sesama muslim, maka hukumnya jatuh haram. Ia berasaskan kaedah, “Jalan-jalan bgnya hukum sbgmana tujuan.”

Dalam isu troll, Wikipedia mendefinisikannya sbg berikut:

“In Internet slang, a troll is a person who starts quarrels or upsets people on the Internet to distract and sow discord by posting inflammatory and digressive, extraneous, or off-topic messages in an online community (such as a newsgroup, forum, chat room, or blog) with the intent of provoking readers into displaying emotional responses and normalizing tangential discussion, whether for the troll’s amusement or a specific gain.”[1]

Dalam bahasa mudah, troll merupakan slanga internet yg merujuk kepada perbuatan individu yg memulakan pertengkaran atau mengalihkan perhatian atau menyebarkan perselisihan dlm media sosial dgn menyiarkan mesej bersifat provokatif, sarkastik dan agresif yg jauh berbeza dgn topik asal perbincangan. Ia bertujuan menghasut pembaca memberikan respon secara emosional sama ada sekadar berjenaka atau dgn matlamat tertentu.

Pelaku troll biasanya membuka akaun palsu menggunakan profil mangsa mereka utk dijadikan bahan sindiran dan jenaka. Kebanyakan mangsa merupakan golongan ternama terutama ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal. Pelaku troll juga menggunakan nama samaran dan profil palsu (pseudonym) utk melakukan serangan peribadi ke atas individu lain.[2]

Lebih membimbangkan apabila internet trolling yg dilakukan pd masa kini bukan sekadar dlm bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dlm bentuk klip video pendek dan gambar yg diubahsuai berserta dialog yg dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu. Kebanyakannya didapati mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yg menjadi mangsa troll.

Jika begini yg dimaksudkan dgn troll, maka ia jelas bertentangan dgn akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali drpada sifat seorang mukmin yg beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya: “Mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya.”

Riwayat al-Tirmizi (1162)

Dalam konteks media sosial, interaksi seseorang menjadi sangat luas dan terbuka. Di dlmnya ada orang yg kita kenal dan ada yg tidak dikenali, begitu jua sebaliknya. Di sini menuntut kita utk berlaku jujur dan beradab dgn adab Islam yg tinggi. Ia sbgmana sabda Bgnda SAW:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيسْكُتْ

Maksudnya: “Barangsiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya, barangsiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya, barangsiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah yg baik-baik atau ia diam.”

Riwayat al-Bukhari (75)

Seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dgn melontarkan apa sahaja yg mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati. Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat. Hal ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dlm sabdanya:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dgn kata-kata yg dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dgn sebabnya ke dlm neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh thn.”

Riwayat Ahmad (7215)
Berdasarkan ciri-ciri perbuatan troll yg dinyatakan di atas, jelas ia bertentangan dgn nas-nas syarak yg byk. Antaranya:
Larangan mengejek atau menggelar dgn gelaran yg tidak baik. Firman Allah SWT:

وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ

Maksudnya: “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dgn yg lain dgn gelaran yg buruk…”

(Surah al-Hujurat: 11)
Larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama sendiri.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yg lain, (kerana) harus puak yg dicemuhkan itu lebih baik drpada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dr kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yg lain, (kerana) harus puak yg dicemuhkan itu lebih baik drpada mereka;”

(Surah al-Hujurat: 11)

Manakala Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Maksudnya: “Orang yg beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yg keji.”

Riwayat al-Tirmizi (1977)
Larangan khianat dan berbohong.

Sabda Rasulullah SAW:

يُطْبَعُ الْمُؤْمِنُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ الْخِيَانَةَ وَالْكَذِبَ

Maksudnya: “Orang yg beriman blh jadi melakukan pelbagai kesalahan kecuali sifat khianat dan dusta.”

Riwayat Imam Ahmad (22170)
Larangan menyebar fitnah dan mengadu domba

Firman Allah SWT:

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ ﴿١٠﴾َمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ ﴿١١﴾َّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ

Maksudnya: “Dan janganlah engkau (berkisar dr pendirianmu yg benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yg gemar bersumpah, lagi yg hina (pendapatnya dan amalannya), yg suka mencaci, lagi yg suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yg sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yg melanggar hukum-hukum ugama, lagi yg amat berdosa.”

(Surah al-Qalam: 10-12)

Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengumpat.”

Riwayat Muslim (168)

Demikian juga sabdanya:

لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَتَّاتٌ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengadu domba.”

Riwayat al-Bukhari (6056)

Dalam hadith yg lain, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat:

أَتَدْرُونَ مَا اَلْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اَللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ: أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اِغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Maksudnya: “Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Bgnda bersabda: Iaitu engkau menceritakan saudaramu apa yg tidak ia suka. Ada yg bertanya: Bagaimana jika apa yg aku katakan benar-benar ada pd saudaraku? Bgnda menjawab: Jika pdnya memang ada apa yg engkau katakan maka engkau telah mengumpatnya dan jika tidak ada maka engkau telah membuat pembohongan ke atasnya.”

Riwayat Muslim (70)

Kesimpulannya, kami menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertaqwalah kepada Allah SWT dgn sebenar-benar taqwa. Berakhlaklah dgn akhlak Islam di mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yg sedang memerhatikan. Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yg menulis, mengongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yg diperbuat. Ini digambarkan Allah SWT di dlm al-Qur’an ketika manusia terpinga-pinga kehairanan, mengapa kulit tubuhnya yg suatu ketika dahulu merupakan sekutunya, kelak ia sendiri yg akan menjadi saksi atas perlakuan maksiatnya. Firman Allah SWT:

وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّـهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Dan (setelah berlaku yg demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab: “Allah yg berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata – telah menjadikan kami dpt berkata-kata; dan Dia lah yg menciptakan kamu pd mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).”

(Surah Fussilat: 21)

Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa sifat seorang muslim itu adalah sentiasa tidak menyakiti muslim yg lain. Sabdanya:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Maksudnya: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat drpada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yg meninggalkan segala yg dilarang oleh Allah SWT.”

Riwayat al-Bukhari (10)

Di samping itu, Bgnda SAW yg memperingatkan kita betapa perbuatan buruk kita terhadap orang lain blh menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat, biarpun kita seorang yg menunaikan solat, puasa dan zakat. Sabdanya:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat sahabat menjawab: ‘Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yg tidak mempunyai wang dan harta. (Nabi SAW bersabda: Bukan muflis harta aku maksudkan) tetapi muflis pahala pd hari Kiamat. Sebahagian umatku pd hari itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pd masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang dan memukul orang. Penyelesaian pd hari itu adalah dgn mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yg dizaliminya. Andainya amal kebajikan yg dibawanya belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yg dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dicampaknya ke dlm neraka.”

Riwayat Muslim (2581)

Justeru, perbuatan troll yg membawa ciri-ciri menyalahi syarak seperti yg dinyatakan di atas adalah DILARANG dan blh membawa kepada dosa. Namun demikian, jika yg dilakukan hanya sekadar sindiran dgn bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa. Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dan menyelamatkan kita semua drpada terjebak ke dlm hal sedemikian. Wallahu a’lam.

Nota Hujung:

[1] https://en.wikipedia.org/wiki/Internet_troll

[2] http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cara-tangani-troll-1.375582

Loading...

Tags: #baca #Dulu #Haram #Hukum #MarahMarah.. #Mufti #Penjelasan #Sebelum #sebenar #Troll #Wilayah

author
Author: 
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki

    Leave a reply "Hukum Troll Haram? Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah-Marah.."