Hotel Amverton Heritage Resort berhantu, Betul ke?

Loading...

Biar betul hotel Amverton di Melaka tu berhantu? Ada orang pernah jumpa ke?

amverton heritage resort berhantu


Ramai dr kita suka tengok cerita hantu & seram. Jadi, sedikit sebanyak rasa takut juga bila dengar khabar berita tentang hotel berhantu.

Pengalaman mengerikan yg ramai orang nak elak.

Kami sekeluarga dah menginap di hotel ni selama 2 kali. Macam macam hantu kami jumpa.

Di bawah ni kami kongsikan utk pedoman bersama.

Jenis jenis hantu di Amverton Heritage Resort Melaka & cara mengelakkannya!

Hantu pertama ni sangat ramai dah jumpa.



1. Hantu mandi.

Bila dah nampak kolam renang, memang tak dapat dipisahkan. Blh saja berendam berjam jam tak jemu.

Yang paling menghairankan, hantu yg biasanya sukar ditemui pd malam hari, sangat mudah ditemui di siang hari di kawasan kolam renang.

Jadi, kalau tak nak jumpa hantu kolam renang yg rajin mandi ni, jangan turun ke kawasan ni je.

Gerenti tak jumpa.


Mandi tu penting jaga aurat lelaki dan perempuan. 


2. Hantu mkn.

Bila dah keluar jalan jalan, mesti perut lapar kan. Apatah lagi bila dah semalaman berenang dan mandi manda di kolam renang.

Hantu mkn akan berkeliaran di restoran semasa waktu sarapan.

Maklumlah lauk memang banyak, jadi jangan ambil lebih dr keperluan. Daripada status hantu mkn, terus upgrade jadi saudara syaitan.

Tak baik membazir, ramai lagi di dunia ni kelaparan sebab perang dan kemarau.

Jadi, sebaiknya kita ambil mknan sikit sikit dan habiskan terlebih dulu. Kalau tak cukup baru tambah.

Makan mulakan dgn ucapan bismillahirrahmanirrahim & mkn dgn tangan kanan. Barulah berkat & sihat.

Burp, Alhamdulillah.


3. Hantu sterika.

Oleh sebab sterika yg digunakan diletakkan di ruang koridor, jadi memang patutlah kita kongsi dan bertimbang rasa sesama kita.

Hantu sterika blh dijumpai di kawasan koridor hotel, lepas pakai tak tutup suis sterika.

Kan membazir elektrik tu, selain berbahaya.


Maksud hantu yg dlm artikel ini..

Masyarakat kita ni memang suka berkias semasa berbicara. Perkataan hantu ni menggambarkan seseorang yg mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri & orang di sekelilingnya.

Jadi, jangan keliru lepas baca artikel ini. Hehe.

Semasa kita bermusafir ni, bagus utk kita amalkan adab adab yg baik supaya perjalanan pergi dan pulang kita dilimpahi rahmat. (Rujukan: Ahlan.perubatan.org)

Adab-adab bermusafir yg bagus diamalkan sepanjang melancong.

  1. Semasa kita mulakan bermusafir, seeloknya kita berniat musafir itu utk pahala ibadat. Tujuan bermusafir adalah dgn niat yg baik, bukan atas tujuan maksiat.
  2. Selesaikan dulu masalah hutang dan mohon maaf dgn orang sekitar.
  3. Ada mahram.
  4. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.
  5. Pakaian menutup aurat dan bersederhana dlm berhias.
  6. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dlm kumpulan yg terdiri drpada 3 orang atau lebih.
  7. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yg ditinggalkan dan memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yg dituju.
  8. Cukup perbelanjaan.
  9. Mengenalpasti arah kiblat dan menyediakan peralatan yg perlu utk mengetahui waktu solat.

Insyaallah kalau kita jaga Allah swt dan laksanakan tanggungjawabnya, menunaikan haknya. Pasti kita akan dilindungi dr perkara macam ni. Segala yg terjadi dgn izinnya.

Bacaan menarik: Ramai orang kata Amverton resort di Melaka ni best super! Ini sebabnya.

Kesimpulan.

Semasa kita melancong, kita dlm keadaan musafir. Selain tujuan utk bersiar siar dan berehat, bagus utk kita perhatikan alam sekitar kita utk di jadikan panduan hidup.

Bolehlah kita praktikkan banyak amalan sunat & wajib yg spesifik dan ekslusif semasa mengembara.

Contohnya solat jamak & qasar.

Dan juga mempraktikkan sunah & adab bermusafir. Barulah kita tak berjumpa hantu & digelar hantu oleh penduduk tempatan.

Orang bijaksana zaman dulu berpesan, 

“Masuk kandang kambing mengembek, kandang ayam berkokok.”

Loading...

Tags: #Amverton #berhantu #Betul #Heritage #Hotel #resort

author
Author: 
    Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh – PPBM
    Imej hiasan PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM hari ini mencadangkan supaya kerajaanmewujudkan sistem
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk

    Leave a reply "Hotel Amverton Heritage Resort berhantu, Betul ke?"