Honey Nestum Almond Cookies, Satu Lagi Idea Kuih Raya

cookies cover 08 02 428336 1 - Honey Nestum Almond Cookies, Satu Lagi Idea Kuih Raya

Nak variasi kuih raya, mungkin korang blh try buat Honey Nestum Almond Cookies. Bahan-bahan pun tak adalah susah sangat. Blh cuba buat sambil-sambil berkumpul dgn ahli keluarga yg lain.

​​HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH

cookies fb 08 23 672645 - Honey Nestum Almond Cookies, Satu Lagi Idea Kuih Raya

Bahan A
• 250 gram mentega/marjerin
• 1/2 cawan gula perang halus
• 1 penutup esen vanila
• 2 sudu besar madu

Bahan B
• 1 sudu kecil baking powder
• 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu besar tepung beras
• 1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
• 1 1/2 cawan tepung gandum

Bahan D
• 2 sudu besar susu tepung

Bahan E
• 1/2 cawan nestum
• 1/2 cawan coklat chips
• 1/2 cawan almond nips/strip

Cara Membuat

1. Whisk rata bahan A. Masukan bahan B, whisk lagi bg rata.
2. Masukkan bahan C, sedikit demi sedikit kacau rata. Masukkan bahan D, gaul rata. Masukkan bahan E, gaul lagi bg rata.
3. Kalau adunan agak berderai tambah mentega atau marjerin sikit demi sikit sehingga adunan elok tak berderai. Simpan dlm peti ais selama 30 minit.
4. Ambik adunan sejemput demi sejemput atau guna sudu. Susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven 10 minit suhu 160°C. Bakar adunan selama 30-35 minit ikut oven masing masing.

Ekstra: Ketika panas biskut ini agak lembut. Apabila sudah sejuk, baru keras elok. Kalau gigit terasa rangup.

Resipi oleh Hazlita Ishak dr Telegram KakiMakan 

Loading...

Tags: #Almond #Cookies #Honey #Idea #Kuih #LAGI #Nestum #Raya #Satu

author
Author: 
    Resep Dan Tutorial Memasak Kwetiau Goreng Ala Chef dapurputih.com
    Resep Masak dan Video Tutorial Cara Memasak Kwetiau Goreng Kamu dapat membaca resep
    Resepi Puding Milo Oreo
    Ade yg Kate Puding Oreo Milo ni tengah viral skg. Betul ke? Rasenye
    RESEP TTEOKBOKKI – Rice cake – Gochujang
    Hai guys kali ini sy mo share resep Tteokbokki (spicy Korean Food) salah
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But

    Comments are closed.