Homemade Jem Rambutan

IMG 5761 1 - Homemade Jem Rambutan

Rambutan adalah antara buah buah tempatan kegemaran saya. Mungkin sebab semasa kecil dulu, kami menpunyai banyak pokok rambutan. Ada ketika saya memanjat pokok yg rendah dan memetik dgn tangan sambil dimakan di atas pokok. 

Saya kali pertama mendengar berkenaan dgn jem rambutan berpuluh thn dahulu ketika masih tinggal di kampung kelahiran saya di Kampung Tangok. Ketika itu, kami beramai ramai mengait buah rambutan. Ketika itu lah salah seorang dr jiran saya menyebut berkenaan cadangan utk menyediakan jem rambutan. 
IMG 5763 - Homemade Jem Rambutan

Alhamdulillah kerana pokok rambutan jiran hadapan rumah saya, Dato Araffin berbuah dgn banyak kali ini. Setiap kali beliau datang mengait buah rambutan, pasti akan diberikan kepada kami satu plastik besar. 

Anak anak saya tidak berapa gemar buah buah tempatan terutama Nana yg sentiasa mengingatkan saya supaya mkn dua atau tiga biji sahaja kerana rambutan mengandungi gula yg tinggi. 

Ketika Dato Araffin mengaitkan buah yg akhir, diberikan kepada kami 2 plastik besar. Itu yg menyebabkan buah tak habis dimakan, kulit buah rambutan pun dah mulai kecut. Jadi saya membuat keputusan utk menyediakan jem rambutan. Dapatlah mengelakkan pembaziran kerana jem blh disimpan lama di dlm peti sejuk. 
IMG 5760 - Homemade Jem Rambutan

Sangat sedap disapu pd roti. Lebih lebih lagi jika jem masih sejuk sejuk. Wallaa sedap dan yg penting, ianya adalah homemade yg terjamin kebersihannya. Saya meletakkan sedikit pewarna bagi menjadikan jemnya lebih menarik. Tapi bila siap, ianya menyerupai jem nenas pula. Tapi ianya lebih baik dr dibiarkan dgn warna asal. 

Jika anda menpunyai lebihan rambutan yg kulitnya telah kering atau isinya telah berair, blhlah sama sama mencuba menyediakan homemade jem rambutan.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 5762 - Homemade Jem Rambutan

Jem Rambutan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Rambutan secukupnya
Gula pasir 
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna

Cara cara:
Kupas rambutan dan cuci isinya. Masukkan dlm periuk bersama air secukupnya dan rebus seketika. Tutup api dan tos.
IMG 5746 - Homemade Jem Rambutan

Hiris isi rambutan dan asingkan dgn bijinya. 
IMG 5752 - Homemade Jem Rambutan

Masukkan ke dlm blender dan kisar bersama air rebusan rambutan tadi.
IMG 5753 - Homemade Jem Rambutan

Masukkan ke dlm kuali dan kacau sehingga air kering, Masukkan garam dan sedikit pewarna serta daun pandan. Kacau sehingga air kering dan kelihatan berkilat.  Blhlah ditutup api.
IMG 5755 - Homemade Jem Rambutan

Bila sejuk, masukkan ke dlm bekas kaca dan simpan di dlm peti sejuk. Sedap disapu pd roti. 
IMG 5767 - Homemade Jem Rambutan


Loading...

Tags: #Homemade #Rambutan

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Homemade Jem Rambutan"