HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE

Loading...

009 1 - HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE

Assalamualaikum…
Selamat sejahtera buat semua teman..
Sejak kebelakangan ni mood terajin nak membaking kembali membara..Walaupun Uj sibuk dgn urusan harian ,Uj gigih jugak curi-curi masa utk membaking..Entah kenapa anak tekak yg dah veteren ni terasa-rasa macam nak mkn kek jer..adoyaiiii…

012 - HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE

     Nampak kawan  duk tayang hokaiddo cup cake..aduh teruja pulak jiwa yg lara ni nak membuat..Uj google resepi jumpa resepi kt rumah si hana di sini..teruja sangat tenguk kek si hana ni…makanya Uj malas nak mencari lagi..Uj guna kan jer resepi si hana..Memang sedap kejadiannya…
  Terima kasih kepada hana kerana sudi berkongsi resepi..Izinkan Uj kongsikan resepinya disini yer..untuk rujukan UJ dimasa yg akan datang..Maaf Uj olah resepinya mengikut kesesuaian bahan yg Uj ada…Sesiapa nak resepi dr hana blh lah intai disini

RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
sumber : Sonia Nasi Lemak LoverMat Gebu
olahan : hanamemories

Bahan-bahan..


Bahan A

  • 4 biji kuning telur gred B
  • 20 g gula kastor
  • 35 g minyak masak
  • 60 ml susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 70g tepung kek 
  • secubit garam


  • Bahan B
  • 4 biji putih telur gred B
  • 30g gula kastor

Bahan C (Krim Kastad by honey)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur (L size)  – Uj skip
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara



  • Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yg bertanda * dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor  dan pukul sehingga berkrim. 
  • Masukkan esen vanila, susu cair dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
  • Pukul bahan B sehingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dgn adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
  • Masukkan ke dlm cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.



  • Penyediaan krim kastad – Masukkan semua bahan ke dlm periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.Bila dah sejuk paipkan ke dlm cupcakes menggunakan nozel. Siap dihidang.
027 - HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE

                            jom cuci mata…

049 - HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE

                             jom kita bukak aurat dia sikit….

 

         Okeyyy enjoyyyyy..

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 3 - HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE

Loading...

Tags: #Cake #CHIFFON #HOKKAIDO

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE"