Hibah TH Akan Setanding Bank, Sukar Melepasi 5-7% Di Masa-Masa Akan Datang..

Oleh : Afyan Mat Rawi

CEO TH memberitahu bahawa, hibah TH pd masa akan datang ialah setanding dgn fix deposit (FD) bank.

Bermakna ia hanya sekitar 2% – 4% dan sukar melangkau 5% – 7% sbgmana dahulu.

Ia bertujuan utk memastikan TH kekal releven.

Saya kongsikan pandangan dr sudut perancangan kewangan, tanpa mengambil kira sentimen politik dan juga sentimen utk menyelamatkan TH.

Zukri 1 - Hibah TH Akan Setanding Bank, Sukar Melepasi 5-7% Di Masa-Masa Akan Datang..

1. Jika anda belum pergi haji, pastikan cukupkan jumlah tersebut minima RM1,300 dan terus daftar haji.

2. Kemudian azam utk cukupkan RM9,980 sbg komitmen utk menunaikan haji. Jika semua pendeposit TH buat simpanan sejumlah ini, jumlah deposit di TH akan bertambah dr sekarang.

Nota: Jumlah RM9,980 itu dgn subsidi TH yg sedia ada. Jika ia dikurangkan, maka jumlah itu akan jadi lebih.

3. Jika anda ingin mengekalkan nilai simpanan seiring inflasi, blh kekal di TH. Inflasi sekitar 3%. Simpanan di TH sudah mencukupi utk seiring inflasi.

4. Sekalipun TH hanya berikan keuntungan setanding FD, ia tetap ada kelebihan yg tidak ada pd FD;

– Simpanan di TH dijamin kerajaan 100% berbanding simpanan di FD hanya dijamin PIDM RM250,000

– Simpanan di TH tidak perlu lagi membayar zakat simpanan tapi simpanan di FD masih perlu membayar zakat simpanan

5. Jika anda rasa pulangan 2% ke 4% tidak memadai, blh cari instrumen kewangan lain dan ia bergantung kepada jenis risiko yg ingin anda ambil.

6. Ada beberapa instumen kewangan yg dikira sangat-sangat rendah risiko malah blh dikatakan tiada risiko wang anda berkurangan, seperti;

– ASB. Pulangan blh cecah 6% dan perlu dizakatkan.

– SSPN. Ia instumen utk mengumpul dana pendidikan. Blh dpt lebih dr 4%

– AHB. Setahun 2 kali diumumkan dividen. Blh cecah 6% setahun dan tidak perlu lagi bayar zakat, tapi tidak kompaun mcm ASB, TH.

7. Instrumen di atas sesuai utk simpanan. Jika rasa 6% -7% itu rendah, carilah pelaburan-pelaburan lain. Antara pelaburan yg blh dibuat ialah;

– Unit Trust.
– Hartanah.
– Saham.
– Forex.
– Emas.
– Sukuk.
– Derivatives.
– ETF.
– ASB Financing.
– Dan mcm-macam lagi.

Nota : Forex, tidak ada lagi yg patuh syariah utk pelabur di Malaysia.

8. Apabila sebut tentang pelaburan, ia takkan lari dr KOS & RISIKO. Ia bukan tentang pulangan semata-mata. Mempelbagaikan pelaburan dan konsisten melabur adalah strategi terrrrrbaik dlm pelaburan.

9. Pulangan drpada pelaburan blh cecah berkali-kali ganda drpada simpanan biasa tadi. Ia blh capai 10% ke 20% malah 100% pun tak mustahil apabila ia dimulakan dgn persediaan ilmu. Pastikan pilih yg patuh syariah.

10. Potensi 10% ke 100% datang dgn risiko 10% ke 100%. Berani tak ambil risiko seiring dgn potensi 10% ke 100% tadi? Tak berani ambil risiko? KEKAL sahaja di Tabung Haji. SIMPLE.

11. Sebarang tindakan mesti dgn rasional dan ilmu, bukan dgn sentimen. Jangan sampai kena game dgn skim cepat kaya atau kena game dgn sales idea misleading ejen-ejen produk kewangan.

12. Nak bebas risiko mcm TH tapi untung 20% – 30% setahun? Sila pergi ke #nerakawang


Loading...

Tags: #akan #Bank #datang #Hibah #MasaMasa #Melepasi #setanding #Sukar

author
Author: 
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat
    Pria Ini Ceraikan Istri dan Menikah dgn Putri Kandungnya Sendiri! Nasibnya Kini Berujung Tragis!
    slidegossip.com – Kisah mengejutkan ini benar-benar tak patut utk ditiru dan semoga bisa
    Setelah Dipukuli, Gadis Ini Dibakar Hidup-Hidup Oleh Ayahnya Karena Ingin Keluar dr Islam dan Masuk Kristen!
    slidegossip.com – Memilih agama utk diyakini adalah hak setiap manusia. Namun yg dilakukan

    Comments are closed.